Friday, July 29, 2011

Perbezaan Puasa Umat Islam Dengan Ahli Kitab (Yahudi & Nasrani)

Jumaat, 27 Syaaban 1432H:Daripada Amru bin al-Aas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Perbezaan diantara puasa umat Islam dengan puasa ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) itu ialah dengan makan sahur.” (HR Muslim)

Pengajaran Hadis.

1. Manusia sejak dari zaman dahulu kala lagi telah mengenali amalan puasa. Mereka berpuasa bukan sahaja didorong oleh agama tetapi juga kerana beberapa tujuan tertentu.

2. Ibadat puasa yang telah diwajibkan ke atas umat Islam juga telah dilakukan oleh orang-orang Yahudi dan Nasrani, cuma terdapat beberapa perbezaan :

i. Orang-orang Islam menyegerakan berbuka puasa sedangkan orang Yahudi dan Nasrani melambat-lambatkannya. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: "Agama akan sentiasa tampak syi'arnya dengan nyata selama orang Islam berbuka puasa dengan segera (tepat pada waktunya), sebab orang-orang Yahudi dan Nasrani melambatkannya.
ii. Disunatkan bagi orang Islam yang berpuasa makan sahur sebelum masuknya waktu subuh kerana dengan makan sahur boleh memberi kekuatan untuk berpuasa pada siang hari dan qailulah (tidur sekejap) pada siang hari (sebelum Zohor) boleh memberi kekuatan untuk qiamullail.

3. Umat Islam hendaklah berpuasa dengan niat yang ikhlas kerana Allah dan tidak mengerjakannya kerana menganggap bahawa ia adalah suatu tradisi (ikut-ikutan). Bahkan apa sahaja ibadat yang dilakukan perlu dilakukan dengan ketaatan dan kesedaran tentang kewajipan untuk mengerjakannya.

1 comment:

zainal said...

Penyelewengan Yahudi dan Nasrani harus difahami oleh setiap Muslim kerana penyelewengan tersebut diakui oleh Allah swt. Mafhum firman Allah: "Oleh itu, jika mereka mendustakanmu (wahai Muhamad), maka jangan engkau berdukacita, kerana sesungguhnya Rasul-rasul yang terdahulu daripadamu telah didustakan juga, mereka telah membawa keterangan (mukjizat) yang nyata dan kitab-kitab serta syariat yang jelas" - (Al-Imran:184).

2.Justeru, Al Quran telah diturunkan sebagai membenarkan kitab terdahulu yg menerangkan beriman pd Allah yg Esa, hari pembalasan, akhlak mulia. Juga Al Quran menjadi piawai standard bagi memperjelas segala kesalahan, pemindaan, pengubahsuaian pada kitab terdahulu oleh Yahudi dan Nasrani. (Huraian perkara ini boleh dirujuk dalam buku Akidah Islam karangan Sayed Sabiq).

3. Islam yg dibawa sgt syumul dan penuh dgn hikmah bagi kemaslahatan umatnya. Ianya jelas penuh ketertiban contohnya dlm amalan berpuasa. Setiap perkara walaupun kecil dijelaskan dgn mudah utk diamalkan.

Wallahuaklam.