Rabu,9 Syawal 1432H: Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. telah ditanya, “Amalan manakah yang lebih utama ? Baginda menjawab: “Beriman kepada Allah dan juga kepada Rasulnya”. Kemudian baginda ditanya lagi, “Selepas itu apa lagi ? Baginda berkata, “Berjihad di jalan yang diredhai Allah”. Kemudian apa lagi ? Baginda menjawab, “Mengerjakan ibadat haji yang diterima oleh Allah (haji mabrur). (al-Bukhari dan Muslim)
Pengajaran Hadis:
1. Umat Islam hendaklah sentiasa melakukan amalan yang baik semasa hayatnya, kerana setiap amalan yang dilakukan dengan ikhlas kerana Allah dinilai sebagai ibadat
2. Amalan yang paling utama ialah beriman kepada Allah dan Rasulnya. Setelah beriman barulah iikuti dengan amalan berjihad di jalan yang diredhai Allah dan seterusnya amalan mengerjakan ibadat haji dengan dengan sempurna (haji mabrur).
3. Sesungguhnya Allah S.W.T. sangat menyukai hambanya yang taat dalam melaksanakan titah perintahnya. Hanya orang yang benar-benar beriman sanggup berkorban nyawa, tenaga dan wang ringgit semata-mata untuk berjihad dan bermusafir mengerjakan ibadat haji kerana ibadah ini tidak akan dapat dilakukan tanpa adanya persediaan yang cukup dari segi rohani dan jasmani.
4. Orang yang beramal dan berusaha untuk menegakkan syariat Allah di muka bumi ini telah dijanjikan ganjaran pahala yang besar oleh Allah ketika di dunia mahupun di akhirat. Oleh itu umat Islam seharusnya berlumba-lumba dalam melakukan amal ibadat selagi tempoh hayat masih berbaki.

1 comment:
Jika diteliti beberapa hadis tentang amalan yang paling utama/utama didapati berbeza-beza.
2.Apa yg pasti iman pd Allah dan rasul adalah yg paling utama.
3.Amalan seterusnya selepas iman didapati berbeza mengikut konteks/situasi/orang yang bertanya.
4.Ada hadis yg nyatakan berbakti pada ibu bapa adalah amalan utama, ada juga jalin silaturahim adalah utama, banyak memberi manfaat pd orang lain juga dianggap utama, infak pd Allah juga yg utama.
5.Tidak timbul isu kekeliruan mana yg utama. Ianya harus dilihat konteks pertanyaan itu dikeluarkan.
5.Sebagai hamba dan pengikut Rasullullah kita hanya perlu amal dan ikut apa yg disuruh.
Walallahuaklam.
Post a Comment