Thursday, September 8, 2011

Haji Dapat Membersihkan Segala Dosa

Khamis, 10 Syawal 1432H: Daripada Abu Hurairah r.a. katanya: “Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda,: “Sesiapa yang mengerjakan haji, kemudian tidak mengerjakan dosa dan maksiat, nescaya ia bersih dari dosa-dosa sepertimana ia baru dilahirkan oleh ibunya”. (HR al-Bukhari dan Muslim)

Pengajaran Hadis:

1. Allah S.W.T telah memfardhukan ibadat Haji pada tahun kesembilan hijrah.

2. Orang yang mengerjakan haji dengan ikhlas dan sempurna dan menjauhi diri daripada melakukan maksiat dan dosa, nescaya ia bersih dari segala dosa sepertimana ia baru dilahirkan.

3. Ibadat haji merupakan kemuncak amalan setiap tahun yang menguji kekuatan iman seseorang hamba kerana ia berkait rapat dengan pengorbanan harta benda, tenaga, nyawa dan sebagainya.

4. Umat Islam yang mengerjakan ibadat haji hendaklah mengerjakannya dengan penuh ikhlas kerana Allah S.W.T di samping berdoa kepada Allah agar haji yang dilakukan itu diterima oleh-Nya

1 comment:

zainal said...

Manusia dicipta dan dilengkapi dengan komponen jasad, akal, roh, emosi dan nafsu. Setiap komponen memerlukan keperluan tertentu bagi membolehkannya sihat dan berfungsi.

2.Roh seperti juga jasad, ianya perlukan makan, minum, nafas, riadah dan melancong utk membolehkan ia bertenaga.

3.Amalan solat, zikir,tafakur, baca Quran adalah makanan dan minuman rohani. Rohani akan kosong jika tidak diisi dengan amalan bagi menguatkannya.

3.Roh memerlukan riadah utk terus sihat dan bertenaga. Riadah roh ialah amalan puasa sunat yg menyebabkan rohani ringan utk beribadat dan tunduk dgn kebesaran Allah.

4.Roh juga memerlukan hiburan dan kerehatan utk melancong/bersiar-siar. Tempat yang paling disukai oleh roh ialah rumah Allah, lebih-lebih lagi Masjidil Haram & Masjid Nabi. Justeru, amalan haji amat ditunggu/dirindui oleh roh.

Wallahuaklam.