Wednesday, October 12, 2011

Ibadah Qurban - Jenis, Umur & Kesempurnaan Haiwan.

Rabu, 14 Zulkaedah 1432H: Dalam melaksanakan ibadah qurban kita perlulah mengikut hukum Islam yang menjadikan ibadah qurban itu sah dan diterima di sisi Allah. Antaranya ialah haiwan yang hendak diqurbankan perlulah menenuhi tuntutan ibadah tersebut.

JENIS HAIWAN YANG BOLEH DIJADIKAN QURBAN

Ulama' bersepakat bahawa binatang yang boleh dijadikan qurban hanyalah binatang yang diketegorikan sebagai al-an'am iaitu unta, lembu (termasuk kerbau), kambing dan biri-biri sama ada jantan atau betina.

UMUR BINATANG QURBAN

1.Unta - berumur 5 tahun masuk ke 6 tahun.

2.Lembu/kerbau/kambing - 2 tahun masuk ke 3 tahun.

3.Biri-biri/kibas - Setahun masuk kedua atau sudah bersalin gigi hadapan walaupun belum cukup setahun tetapi melebihi 6 bulan.

KECACATAN YANG MENGHALANG SAHNYA QURBAN

- Hendaklah ia sejahtera daripada sebarang kecacatan seperti tiada telinga atau terpotong ekor, gila, kudun, sangat kurus, buta dan sebagainya.

- Ada 4 kecacatan utama yang telah disepakati oleh Ulama'yang menghalang sahnya qurban iaitu berdasarkan hadis riwayat Barra' bin Azib iaitu sabda Rasullah Sallahallahu 'Alaihi Wasallam: Maksudnya : "4 jenis kecacatan yang tidak harus diperbuat qurban iaitu buta sebelah mata, berpenyakit, tempang dan terlalu kurus".

- Daripada hadith di aras Ulama' telah mengqiaskan kepada kecacatan yang seumpamanya atau lebih teruk daripada kecacatan tersebut. Ia dapat diringkaskan seperti berikut:

1.Tiada atau terpotong telinga ataupun lidahnya walaupun sedikit begitu juga yang terpotong ekornya.
2.Gila
3.Berkudis walaupun sedikit.
4.Haiwan yang baru melahirkan anak atau yang bunting.
5.Tersangat kurus.
6.Buta sebelah mata atau kedua-duanya.
7.Berpenyakit
8.Tersangat tempang

- Tetapi, jika telah bernazar untuk qurban binatang yang sudah ada kecacatan tersebut, wajarlah dia melaksanakannya.

- Haiwan yang tiada ekor, tiada gigi atau patah setengah giginya, tiada zakar, haiwan yang dikasi zakarnya boleh dijadikan binatang qurban.

- Makruh mengorbankan haiwan yang tidak bertanduk atau patah tanduknya begitu juga haiwan yang terbelah atau bertebuk telinganyan .

1 comment:

zainal said...

Jika mahu bersedekah, sedekahlah yang terbaik sekali.

Jika mahu menjamu org dgn makanan, hidanglah yg terbaik sekali.

Hendak mengajar org, ajarlah ilmu yg terbaik.

Hendak menolong, tolonglah sebaik yg mungkin.

Hendak senyum, senyumlah yg terbaik sekali.

Hendak berbakti pada ibu bapa, khidmatlah yg terbaik sekali.

Islam mengajar umatnya supaya mementingkan yg terbaik yg disertaikan dgn niat yg ikhlas. Ianya merentas semua pelakuan termasuk ibadah qurban!