Selasa,11 Ramadhan 1433H: Berita dari Anas bin Malik mengatakan bahawa Nabi saw. dan Zaid bin Tsabit keduanya makan sahur bersama-sama. Tatkala keduanya telah selesai sahur, Nabi saw. berdiri hendak pergi solat, maka solatlah beliau.
"Aku bertanya kepada Anas," kata Tsabit, "Berapa lamanya antara keduanya selesai makan sahur dan mulai solat?"
Jawab Anas, "Kira-kira selama orang membaca lima puluh ayat." (Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0326.)
2. Qutaibah menceritakan kepada kami, Abu 'Awanah memberitahukan kepada kami (yang berasal) dari Qatadah dan 'Abdul 'Aziz bin Shuhaib dari Anas bin Malik bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda:
"Makan sahurlah kamu sekalian kerana sesunguhnya di dalam sahur itu mengandungi barakah."
Di dalam bab ini terdapat hadis dari Abu Hurairah dan 'Abdullah bin Mas'ud, Jabir bin 'Abdullah, Ibnu 'Abbas, 'Amr bin Al-'Ash, Al-'Irbadl bin Sariyah, 'Utbah bin 'Abd dan Abd Darda'. Abu 'Isa berkata: "Hadis Anas tersebut adalah hadis hasan sahih."
Diriwayatkan dari Nabi s.a.w. bahawasanya beliau bersabda: "Yang memisahkan (membezakan) puasa kita dan puasa ahli Kitab adalah makan sahur." (Hadis Sunan At-Termizi Jilid 2. Hadis Nombor 0703.)
No comments:
Post a Comment