Rabu, 19 Zulkaedah 1434H: Dari Ibnu Abbas r.a. bahawa seorang perempuan datang kepada
Nabi saw. bertanya: "Ibu saya bernazar akan mengerjakan haji, tetapi dia telah meninggal dunia sebelum sempat
mengerjakannya. Bolehkah saya mengerjakan haji
menggantikannya?"
Jawab Nabi: "Ya boleh! Kerjakanlah haji itu untuk menggantikannya!
Bagaimana pendapat engkau,
kalau kiranya ibu engkau berhutang engkaukah yang akan membayarnya?"
Jawab
perempuan itu: "Ya!"
Kata Nabi: "Bayarlah, kerana hutang (kewajiban) kepada
Allah lebih patut dibayar."
No comments:
Post a Comment