Khamis, 20 Zulkaedah 1434H: Dari Ibnu 'Abbu r.a., katanya: "Rasulullah saw. dan juga
sahabat beliau datang ke Mekah untuk menunaikan ibadah haji dalam keadaan lemah oleh penyakit Madinah. Lalu
orang-orang musyrik Mekah berkata sesama mereka, "Esok akan datang ke sini suatu
kaum yang lemah kerana mereka diserang penyakit panas yang memayahkan. Oleh
kerana itu mereka duduk di dekat hijir memperhatikan kaum muslimin tawaf.
Nabi
saw. memerintahkan mereka supaya berlari tiga kali putaran dan berjalan biasa
empat kali putaran antara dua sudut supaya dilihat kaum musyrikin ketangkasan
mereka.
Maka berkata kaum musyrikin sesama mereka, "Inikah orang-orang yang kamu
katakan lemah kerana sakit panas, ternyata mereka lebih kuat dari golongan ini
dan itu."
Hadis Sahih Muslim.
No comments:
Post a Comment