Khamis, 27 Rabiulakhir 1435H: Abu Hurairah r.a. memberitakan, bahawa Rasulullah saw.
bersabda:
"Solat seseorang dengan berjemaah, pahalanya berlipat ganda daripada
solatnya seorang diri di rumahnya atau di pasar, dua puluh lima kali ganda.
Sebabnya ialah, kerana apabila seseorang berwuduk,
kemudian disempurnakannya wuduknya itu, lalu dia
pergi ke masjid dengan niat hanya untuk menunaikan solat, maka tidak satu
langkah pun langkah yang dilangkahkannya, melainkan ditinggikan Allah darjatnya
satu tingkat untuk setiap langkah, dan dihapuskan pula kesalahannya.
Apabila dia
telah solat, maka malaikat sentiasa mendoakannya selama dia masih berada di
tempatnya solat, katanya: "Wahai, Allah! Limpahkan kepadanya kebaikan dan
kasihilah dia!"
Dan seseorang kamu sentiasa dianggap seperti dalam solat selama
dia menunggu-nunggu waktu solat."
No comments:
Post a Comment