Jumaat, 20 Rabiulakhir 1435H: Dari Nu'aim bin 'Abdullah Al Mujmir r.a., katanya:
"Aku
melihat Abu Hurairah mengambil wuduk. Mula-mula
dicucinya mukanya melebihi batas wajib dengan sempurna bagus. Kemudian dicucinya
tangannya yang kanan hingga masuk ke lengan, kemudian tangannya yang kiri hingga
masuk lengan juga. Sesudah itu disapunya kepalanya. Kemudian dicucinya kaki
kanannya hingga masuk ke betis.
Setelah itu dia berkata, "Begitulah ku lihat
Rasulullah saw. berwuduk."
Lalu disampaikannya sabda
Rasulullah saw., "Pada hari kiamat kelak, anda semua akan tampak
bercahaya-cahaya gilang-gemilang kerana anda menyempurnakan wuduk anda sebagus-bagusnya. Kerana itu lebihilah
batas-batas tertentu yang diwajibkan mencucinya ketika berwuduk."
Hadis Sahih Muslim.
No comments:
Post a Comment