Khamis, 6 Rabiulakhir 1435H: Dari Abu Hassan r.a. katanya dia bertanya kepada Abu Hurairah
r.a. "Aku kematian dua orang anakku. Dapatkah anda
menceritakan kepada ku hadis Rasulullah saw. yang dapat mengubati hati kami atas
kematian anak-anak kami itu?"
Jawab Abu Hurairah.
Nabi saw. pernah bersabda: "Ya, anak-anak tersebut
selamanya menjadi penghuni syurga. Salah seorang dari mereka datang menemui
bapanya, atau kedua orang tuanya lalu dipegangnya baju atau tangan orang tuanya
seperti aku memegang ujung bajumu ini. Maka tidak dilepaskannya, atau dia tidak
berhenti memegang, sehingga Allah Ta'ala memasukkannya bersama bapanya ke
syurga."
No comments:
Post a Comment