Rabu, 19 Rabiulakhir 1435H: Dari Abu Hurairah r.a. katanya:
"Seorang lelaki datang kepada
Rasulullah saw. lalu dia berkata, "Aku dalam kesulitan susah hidup dan lapar."
Maka beliau bawa pulang itu ke rumah isteri beliau satu persatu menanyakan
kalau-kalau mereka ada sedia makanan.
Para isteri
beliau menjawab. "Demi Allah yang mengutus Anda dengan yang hak, aku tidak sedia
apa-apa selain air." Begitulah jawapan mereka masing-masing.
Lalu bersabda beliau
kepada para sahabat. "Siapa bersedia menerima tetamu malam ini nescaya di beri
rahmat oleh Allah Ta'ala."
Maka berdirilah seorang lelaki Ansar seraya berkata,
"Aku, Ya Rasulullah!"
Maka dibawanya lah orang itu ke rumahnya. Dia bertanya
kepada isterinya, "Adakah engkau sedia makanan?"
Jawab isterinya, "Tidak ada, kecuali makanan
anak-anak."
Katanya, "Pujuklah mereka dengan apa saja. Bila tetamu kita dah
masuk tunjukkan kepadanya bahawa kita makan
bersamanya. Bila dia telah mulai makan, berdirilah ke
dekat lampu lalu padamkan."
Maka duduklah mereka dan sang tetamu pun makanlah. Setelah Subuh, sahabat tersebut bertemu dengan
Nabi saw. lalu kata beliau, "Allah kagum dengan cara kamu berdua melayani tetamu
kalian malam tadi."
Hadis Sahih Muslim.
No comments:
Post a Comment