Rabu, 25 Ramadhan 1435H: Harun bin Ishaq Al-Hamdani menceritakan kepada kami, 'Abdah
bin Sulaiman memberitahukan kepada kami (yang berasal) dari Hisyam bin 'Urwah
dari ayahnya dari 'Aisyah di mana ia berkata: "Rasulullah s.a.w. biasa
beri'tikaf pada sepuluh terakhir dalam bulan Ramadan, dan bersabda:
"Bersungguh-sungguhlah kamu (untuk mendapatkan) Lailatul Qadar pada sepuluh
terakhir dari bulan Ramadan."
Masalah yang sama diriwayatkan pula dari 'Umar,
Ubayy bin Ka'b, Jabir bin Samurah, Jabir bin 'Abdullah, Ibnu 'Umar, Al-Falatan
bin 'Ashim, Anas, Abu Sa'id, 'Abdullah bin Unais, Abu Bakrah, Ibnu 'Abbas, Bilal
dan 'Ubadah dan Ash-Shamit. Abu 'Isa berkata: "Hadis 'Aisyah itu adalah hadis
hasan sahih; sedangkan kata yujaawiru ertinya adalah beri'tikaf. Banyak riwayat
dari Nabi s.a.w. bahawasanya baginda bersabda:
"Carilah Lalatul Qadar itu pada sepuluh terakhir pada setiap yang ganjil."
Diriwayatkan dari Nabi s.a.w. tentang Lailatul Qadar iaitu bahawasanya Lailatul
Qadar itu adalah pada malam 21, 24, 25, 27, 29 dan
malam terakhir dari bulan Ramadan."
Asy-Syafi'i berkata: "Itu hanyalah pendapat
saya. Dan Allah Maha Mengetahui; di mana Nabi s.a.w. menjawab suatu pertanyaan
sewaktu ditanya tentang Lailatul Qadar. Dikatakan kepada baginda bahawa kami mencarinya pada
malam ini, kemudian baginda bersabda:
"Carilah Laiatul Qadar itu pada malam ini." Asy-Syafi'i berkata: "Riwayat
yang paling kuat menurut pendapat saya ialah bahawa Lailatul Qadar itu jatuh pada
malam tanggal 21."
Abu 'Isa berkata: "Diriwayatkan dari Ubbay bin Ka'b
bahawasanya ia bersumpah bahawa Lailatul Qadar itu berada pada malam 27 di man ia berkata:
"Rasulullah s.a.w. memberitahukan kepada kami dengan tanda-tanda malam itu
kemudian kami menyebut-nyebut dan menghafalnya."
Diriwayatkan dari Abu Qilabah
bahawasanya ia berkata: "Lailatul Qadar itu berkisar pada sepuluh terakhir." 'Abd bin Humaid
memberitahukan yang demikian kepada kami, 'Abdur Razzaq memberitahukan kepada
kami (yang berasal) dari Ma'mar dari Ayyub dari ABu Qilabah dengan maksud
seperti itu."
No comments:
Post a Comment