Khamis, 26 Ramadhan 1435H: Ibnu Abi Umar ceritakan kepada kami, Sufyan menceritakan
kepada kami dari Allah bin Abi Lubabah dan Ashim yang mendengar Zirr bin Hubaisy
berkata:
"Barang siapa melakukan ibadah sesaat setiap malam selama satu tahun,
tentu dia memperoleh Lailatul-Qadar, Ubai berkata:
"Mudah-mudahan Allah mengampuni dosa Abu Abdur Rahman sesungguhnya dia telah
mengetahui bahawa Lailatul-Qadar adalah pada sepuluh
akhir dari bulan Ramadhan dan sesungguhnya Lailatul-Qadar adalah malam dua puluh tujuh bulan Ramadhan
tetapi dia menghendaki agar manusia tidak berpegang kepada perkiraan itu
kemudian Ubai bersumpah yang pasti bahawa Lailatul-Qadar adalah. malam dua puluh tujuh bulan
Ramadhan".
Ziir berkata kepada Ubai: "Dengan dasar apa kamu berkata demikian hai
Abal-Mundair?"
Dia berkata: "Dengan dasar tanda yang diberitahukan Rasulullah SAW
kepada kita iaitu bahawa matahari pada waktu itu terbit tanpa ada cahaya". Hadis
ini adalah hadis Hasan Sahih.
No comments:
Post a Comment