Jumaat, 20 Ramadhan 1435H: Dari
Abu Sa'id Al Khudri r.a., katanya:
"Rasulullah saw. i'tikaf pada
sepuluh awal bulan Ramadhan, kemudian dilanjutkannya pada sepuluh pertengahan,
dalam sebuah kubah kecil yang pintunya ditutup dengan tikar. Lalu beliau ambil
tikar itu dan diletakkannya di sudut gobah. Kemudian diulurkannya kepalanya
seraya berujar memanggil orang banyak.
Maka mendekatlah mereka kepada beliau,
lalu beliau bersabda: "Aku telah i'tikaf sejak sepuluh awal bulan untuk
mendapatkan Malam qadar, kemudian sepuluh yang pertengahan. Kemudian dikatakan
kepada ku bahawa malam qadar itu terdapat pada sepuluh yang akhir.
Maka siapa
yang suka i'tikaf, silakan!"
Lalu orang banyak i'tikaf bersama-sama dengan
beliau. Sabda beliau pula, "Aku bermimpi melihat malam qadar di malam yang
ganjil, di mana pagi-pagi aku sujud di tanah basah. Memang, pagi-pagi malam
kedua puluh satu beliau solat Subuh sedangkan hari hujan sehingga masjid
tergenang air. Aku melihat tanah dan air.
Setelah selesai solat Subuh, Nabi
saw. keluar sedangkan di kening dan di hidungnya ada tanah basah. Malam itu
ialah malam kedua puluh satu dari sepuluh yang akhir bulan Ramadhan."
(Hadis Sahih Muslim )
No comments:
Post a Comment