Isnin, 23 Ramadhan 1435H: Diceritakan oleh Abu Salamah r.a., katanya: "Aku datang
bertanya kepada Abu Sa'id Al Khudri, tanyaku: "Tidakkah lebih baik kita pergi ke
Nakhl supaya kita dapat bercakap-cakap di sana?"
Lalu kami pergi ke sana. Aku
berkata kepadanya, "Ceritakanlah kepada ku, apa yang telah tuan dengar dari Nabi
saw. tentang Malam Qadar"
Katanya, "Rasulullah sedang iktikaf sepuluh hari pertama bulan Ramadhan. Kami pun iktikaf pula bersama-sama dengan beliau. Maka datanglah
malaikat Jibril mengatakan, "Yang tuan inginkan itu (malam qadar) belum datang."
Nabi saw. meneruskan lagi iktikaf beliau pada sepuluh
hari pertengahan bulan. Kami pun iktikaf pula
bersama-sama dengan beliau. Lalu datang pula malaikat Jibril mengatakan: "Yang
tuan inginkan belum datang.
"Keesokan pagi dari malam kedua puluh bulan
Ramadhan, Nabi saw. berpidato. Sabda beliau: "Barangsiapa iktikaf bersama-sama dengan ku, hendaklah diteruskannya,
kerana kepada ku telah diperlihatkan Malam Qadar itu, tetapi aku lupa
tanggalnya. Malam qadar itu ialah dalam sepuluh yang akhir (Ramadhan) di
bilangan ganjil. Saya bermimpi seolah-olah saya sujud di tanah basah." Atap
masjid terbuat dari pelepah kurma. Di langit, kami tidak melihat awan sedikit
pun.
Tetapi tidak lama kemudian, datanglah awan gelap dan hujan pun turun dengan
lebatnya. Kami solat bersama-sama dengan Nabi saw. dan kami melihat tanah dan
air melekat di kening dan di puncak hidung Nabi, sesuai benar dengan mimpi
beliau. "
No comments:
Post a Comment