Jumaat, 19 Syawal 1435H: Dari 'Aisyah r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda:
"Siapa
yang ingin bertemu dengan Allah nescaya Allah ingin pula bertemu dengannya.
Dan
siapa benci bertemu dengan Allah, nescaya Allah benci pula bertemu dengannya."
Lalu aku bertanya : " Apakah yang dimaksud membenci mati? Kerana kami semua benci akan mati."
Jawab beliau, "Bukan begitu! Tetapi setiap orang
mukmin apabila diberi khabar gembira dengan rahmat Allah, dengan keredhaan-Nya
dan dengan syurga-Nya, nescaya dia ingin bertemu dengan Allah. Maka Allah ingin
pula bertemu dengannya.
Sedangkan orang kafir, apabila diberi khabar dengan
'azab Allah dan dengan kemarahan-Nya, dia benci bertemu dengan Allah dan Allah
benci pula bertemu dengannya."
Hadis Sahih Muslim .
No comments:
Post a Comment