Selasa, 16 Syawal 1435H: Berita dari Abu Hurairah r.a. mengatakan, bahawa Rasulullah
saw. bersabda: "Ketika seseorang berjalan di suatu jalan; kemudian di
menjumpainya sepotong duri di jalan itu, lalu dibuangnya, Allah berterima kasih
kepadanya dan mengampuni dosanya.
Sesudah itu beliau bersabda. pula: "Yang
disebut mati syahid itu
ada lima macam: 1. Orang mati kena tikam. 2. Orang
mati kerana sakit perut (kolera?) 3. Orang mati tenggelam. 4. Orang mati
ditimpa tanah longsor (runtuh). 5. Orang yang mati fi
sabilillah (mati di medan perang kerana berjuang
menegakkan Agama Allah).
Kalaulah manusia tahu keutamaan azan dan saf pertama
solat berjemaah, tetapi mereka tidak mungkin mendapatkannya kecuali hanya dengan
jalan diundi, nescaya mereka akan mahu diundi untuk mendapatkannya.
Kalaulah
mereka tahu keutamaan solat Zohor (dilakukan tepat pada awal waktu), pastilah
mereka akan berlumba-lumba melaksanakannya.
Dan kalaulah mereka mengetahui
keutamaan solat Isyak dan solat Subuh (dengan berjemaah), pastilah mereka akan
memerlukan datang (ke masjid), sekalipun mereka akan merangkak".
Hadis Sahih Bukhari
No comments:
Post a Comment