Friday, August 9, 2019

Kelebihan Puasa 9 Zulhijjah - Hari Arafah

Jumaat, 8 Zulhijjah 1440H: Daripada Ibn Abbas R.anhuma, bahawa Nabi SAW bersabda:

مَا مِنْ أَيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيهَا أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ مِنْ هَذِهِ الْأَيَّامِ يَعْنِي أَيَّامَ الْعَشْرِ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَلَا الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ قَالَ وَلَا الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ إِلَّا رَجُلٌ خَرَجَ
بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ بِشَيْءٍ

Maksudnya: “Tidak ada hari yang mana amal soleh dilakukan padanya lebih dicintai oleh Allah daripada sepuluh hari ini (awal Zulhijjah).” 

Mereka berkata; "Wahai Rasulullah! Tidak juga berjihad di jalan Allah?"'

Baginda SAW berkata: “Tidak juga berjihad di jalan Allah melainkan seseorang itu keluar dengan jiwa dan hartanya kemudian dia tidak kembali (syahid) dengan membawa sesuatu pun.” 

[Riwayat Abu Daud (2082)][Sanad hadith ini adalah sahih mengikut penilaian Syeikh Syu’aib al-Arna’outh]


No comments: