Isnin, 18 Zulhijjah 1440H: Daripada al-Bara’ bin ‘Azib R.Anhuma, katanya: Rasulullah SAW bersabda kepadaku:
"Apabila kamu datang ke tempat perbaringan, hendaklah kamu berwudhuk
seperti wuduk solat, kemudian berbaring atas lambung kanan, dan
berdoalah::
اللَّهُمَّ أَسْلَمْتُ نفِسي إِلَيكَ، وَفَوَّضتُ أَمري
إِلَيْكَ، وَأَلَجَأْتُ ظَهرِي إِلَيْكَ، رغبةً ورهْبَةً إِلَيْكَ،
لامَلجأَ ولا مَنجي مِنْكَ إِلاَّ إِليكَ، آمنتُ بِكِتَابِكَ الذِي
أَنزَلْت، وَبِنَبِيِّكَ الذِي أَرسَلتَ
“Ya Allah, aku serahkan diriku pada-Mu, dan aku serahkan urusanku
pada-Mu. Aku sandarkan belakangku kepada-Mu dengan penuh rasa harap dan
takut kepada-Mu. Tiada tempat bersandar dan selamat selain daripada-Mu.
Aku beriman dengan kitab-Mu yang Kamu turunkan, dan nabi-Mu yang Kamu
utuskan.”
Sekiranya kamu mati, nescaya kamu mati di atas fitrah dan jadikanlah rangkuman doa ini sebagai akhir apa yang kamu baca.
No comments:
Post a Comment