Thursday, August 8, 2019

Hukum Menyaksikan Sembelihan Korban

Khamis, 7 Zulhijjah 1440H: Rasulullah SAW bersabda;

تَقْطُرُ مِنْ دَمِهَا يُغْفَرُ لَكِ مَا سَلَفَ مِنْ ذُنُوبُكَ. قَالَتْ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، هَذَا لَنَا أَهْلَ
الْبَيْتِ خَاصَّةً أَوْ لَنَا وَلِلْمُسْلِمِينَ عَامَّةً؟ قَالَ: بَلْ لَنَا وَلِلْمُسْلِمِينَ عَامَّةً

“Bangun dan pergilah ke tempat penyembelihan korban kamu dan saksikanlah sendiri kerana dengan titisan darahnya yang pertama akan diampunkan dosa kamu yang terdahulu.” 

Fatimah bertanya: “Wahai Rasulullah! Ini adakah untuk kita Ahlul Bait sahaja atau untuk kita dan orang Islam keseluruhannya?” 

Jawab Rasulullah SAW: “Bahkan untuk kita dan orang Islam keseluruhannya.” 

[Riwayat al-Hakim di dalam al-Mustadrak (7525)]

No comments: