Thursday, August 15, 2019

Fadhilat Mendengar & Membaca Al Quran

Khamis, 14 Zulhijjah 1440H: Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW meminta Abdullah Ibn Mas’ud RA membacakan al-Quran:

"‏ "اقْرَأْ عَلَىَّ ‏"‏‏.‏ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ آقْرَأُ عَلَيْكَ وَعَلَيْكَ أُنْزِلَ قَالَ ‏"‏ نَعَمْ ‏"‏‏.‏ فَقَرَأْتُ سُورَةَ النِّسَاءِ حَتَّى أَتَيْتُ إِلَى هَذِهِ الآيَةِ ‏{‏فَكَيْفَ إِذَا جِئْنَا مِنْ كُلِّ أُمَّةٍ بِشَهِيدٍ وَجِئْنَا بِكَ عَلَى هَؤُلاَءِ شَهِيدًا‏}‏ قَالَ ‏"‏ حَسْبُكَ الآنَ ‏"‏‏.‏ فَالْتَفَتُّ إِلَيْهِ فَإِذَا عَيْنَاهُ تَذْرِفَانِ‏.‏

Maksudnya: (Rasulullah SAW bersabda): “Bacakanlah kepadaku al-Quran”.

Aku (Abdullah Ibn Mas’ud RA) bertanya: “Wahai Rasulullah SAW, aku membacakan al-Quran kepada kamu padahal al-Quran diturunkan kepada kamu?” 

Jawab Nabi SAW, “Sesungguhnya aku suka untuk mendengarnya dari bacaan orang lain.” Kemudian aku membaca Surah al-Nisa sehingga ayat 41 dan Baginda SAW bersabda: “Cukuplah untuk sekarang.” 

Lalu aku berpaling kepada Baginda SAW dan aku mendapati kedua-dua mata Baginda SAW bercucuran air mata .

Hadith riwayat al-Bukhari: 4583

No comments: