Monday, April 12, 2021

Berpuasa Kerana Iman & Ketaatan Kepada Allah

 Isnin, 29 Sya'aban 1442H: Daripada Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda : "Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kerana iman dan ketaatan kepada Allah, serta mengharapkan keredhaannya, akan diampunkan semua dosanya yang telah lepas."

(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
 
Huraian Hadith:
1.Orang yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan ikhlas serta mengharapkan keredhaan Allah SWT akan diampunkan segala dosa-dosa kecilnya.
 
2.Ramadhan merupakan bulan yang paling mulia di dalam Islam kerana bulan ini Allah SWT menurunkan al-Quran al-Karim, berlakunya malam “Lailatulqadar” dimana malam tersebut lebih mulia dan berkat daripada seribu bulan.
 
3.Doa orang yang berpuasa tidak akan ditolak oleh Allah SWT sehinggalah ia berbuka, oleh itu hendaklah mereka yang berpuasa memperbanyakkan doa demi kebaikan hidup mereka di dunia dan juga di akhirat.
 
Sumber : Kitab Riyadhus Salihin
 
 
 May be an image of one or more people and text
 

No comments: