Friday, April 9, 2021

Hari Yang Diharamkan Berpuasa

 

Jumaat, 26 Sya'ban 1442H: Diriwayat daripada Silah beliau berkata :

كُنَّا عِنْدَ عَمَّارٍ فِي الْيَوْمِ الَّذِي يُشَكُّ فِيهِ فَأُتِيَ بِشَاةٍ فَتَنَحَّى بَعْضُ الْقَوْمِ فَقَالَ عَمَّارٌ مَنْ صَامَ هَذَا الْيَوْمَ فَقَدْ عَصَى أَبَا الْقَاسِمِ صلى الله عليه وسلم
 
Maksudnya : " Kami berada di sisi ‘Ammar (bin Yasir R.A) pada hari syak. Kemudian beliau dihidangkan dengan daging kambing, maka sebahagian orang menjauhkan diri dari memakannya. 
 
Lalu ‘Ammar berkata : ‘’Sesiapa yang berpuasa pada hari ini (hari syak) sesungguhnya dia telah menderhakai Abu al-Qasim S.A.W’’.
 
Riwayat Abu Daud May be an image of text that says "PUASA HARAM Hari Raya Aidilfitri pada 1 Syawal. Hari Raya Aidiladha pada 10 Zulhijjah. Tiga hari Tasyriq iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah. Hari Syak iaitu hari yang diragui antara 30 Syaaban atau sudah masuk 1 Ramadhan. (Sumber Rujukan :Kitab "Indahnya Hidup Bersyariat" Terbitan Telaga Biru Sdn Bhd)"(2334)

No comments: