Thursday, April 1, 2021

Balasan Meringankan Kesusahan Seorang Mukmin

 

Khamis, 18 Sya'ban 1442H: Daripada Abu Hurairah RA, daripada Nabi SAW bersabda:

مَنْ نَفَّسَ عَنْ مُؤْمِنٍ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ الدُّنيَا نَفَّسَ اللهُ عنهُ كربَةً مِنْ كُرَبِ يومِ القيَامَةِ ومنْ يسَّرَ عَلى مُعسِرٍ يسَّرَ اللهُ عليهِ فِي الدُنيَا والآخِرَةِ ومَنْ سَتَرَ مُسْلِماً سَتَرَهُ اللهُ فِي الدُّنيَا والآخِرَةِ واللهُ فِي عَوْنِ العَبْدِ مَا كَانَ الْعَبْدُ فِي عونِ أخيهِ
 
Maksudnya: “Sesiapa yang meringankan daripada seorang mukmin satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan dunia, Allah SWT akan meringankan daripadanya satu kesusahan daripada kesusahan di Hari Kiamat.
 
Sesiapa yang memudahkan kepada orang yang kesempitan, Allah akan memudahkan kepadanya di dunia dan akhirat. 
 
Sesiapa yang menutup (aurat atau keaiban) seorang muslim, Allah akan menutup (aurat atau keaiban) nya di dunia dan akhirat. 
 
Allah sentiasa menolong seseorang hamba selama mana hamba itu menolong saudaranya."
 
Riwayat Muslim (2699)May be an image of text that says "FATWA BERKENAAN PENGGUNAAN WANG DARIPADA TABUNG ANAK YATIM DAN KEBAJIKAN DI MASJID-MASJID Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah-Wilayah Persekutuan Kali Ke-121 yang bersidang pada 2 November 2019: 1. Wang tabung anak yatim perlu diasingkan daripada tabung kebajikan. 2. Wang daripada tabung anak yatim di masjid-masjic bagi Wilayah Persekutuan hendaklah disalurkan untuk kegunaan anak yatim sahaja. 3. Wang daripada tabung kebajikan boleh disalurkan untuk kegunaan kebajikan seperti ibu tunggal dan fakir miskin. www.muftiwp.gov.my STATUS: DIWARTAKAN 30 NOVEMBER 2020 Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan pejabatmuftiwp pejabatmuftiwp Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan"

No comments: