Khamis, 14 Safar 1341H :- Daripada Abi Said al-Khudri r.a telah berkata : Sesungguhnya Nabi s.a.w telah bersabda : " Apabila seseorang kamu menguap, maka hendaklah ia menutup mulutnya dengan tangannya, sesungguhnya syaitan akan masuk ke dalam mulutnya." (Riwayat Muslim),
Pengajaran Hadith:
Menguap ialah pergerakan yang menyebabkan mulut terbuka di luar kawalan manusia dan berpunca dari perut yang kenyang, badan yang berat yang akhirnya menyebabkan mengantuk dan malas.
Menguap adalah dari syaitan, dan syaitan akan masuk ke dalam mulut orang yang menguap, oleh itu di sunatkan menutup mulut dengan bibir atau tangan ketika menguap.
Di sunatkan juga menutup mulut apabila menguap ketika solat.
Pemandangan mulut yang terbuka adalah pendangan yang buruk, apatah lagi kita berada dalam majlis. Dengan menutup mulut ketika menguap boleh mengelakkan pandangan yang buruk itu.
Tidak boleh berkata “aah” ketika menguap. Sabda Rasulullah s.a.w: “Apabila seseorang kamu menguap maka tutuplah mulutnya setakat yang mampu, dan jangan ia berkata “aah”, “aah” seseorang itu apabila ia membuka mulutnya, maka sesungguhnya syaitan ketawa kepadanya….” (Riwayat Muslim).
Adapun menguap itu adalah daripada syaitan. Maka apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia menahannya sekadar termampu. Sebab sesungguhnya apabila seseorang kamu menguap, syaitan akan mentertawakannya. (Hadist Riwayat Bukhari)
Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang menguap sebaliknay suka kepada orang yang bersin. Ini kerana menguap itu adalah gambaran orang yang lemah dan malas. Manakala orang yang bersin adalah orang yang sihat, cergas dan aktif. Sabda Rasulullah s.a.w “ “Sesungguhnya orang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah”. (Riwayat Muslim).
Nabi Muhammad saw bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang bersin, dan membenci orang-orang yang menguap . Maka apabila seseorang kamu menguap, jangan sampai berbunyi, kerana yang demikian itu daripada syaitan yang mentertawakanmu.” Hadith riwayat Imam Muslim, Ahmad dan At-Tirmidzi
Daripada Abdullah bin Az-Zubair r. a., katanya: Telah bersabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah swt membenci sesiapa yang mengangkat suara ketika menguap dan bersin.” Hadith riwayat Imam Muslim, Ahmad dan At-Tirmidzi
Sunat mengucapkan “Astaghfirullah” selepas menguap.

Wa’allahualam
Petikan daripada buku "Himpunan Hadith-Hadith / Adab-Adab Seorang Mukmin (1)" oleh Abd Muein Abd Rahman.
No comments:
Post a Comment