Jumaat, 22 Muharam 1431H; Daripada Abi Hurairah r.a telah berkata : Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Janganlah seseorang kamu minum berdiri." Riwayat Muslim.
Pengajaran Hadis :
- Dilarang minum dan makan berdiri. Dari Qatadah dari Anas r.a katanya: "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w menegah dari minum berdiri", kata Qatadah: Kami berkata : "Makan berdiri ? Jawab Anas : "Itu lebih buruk dan keji". ( Riawayat Ahmad, Muslim dan Al Tirmiziy )
- Jika minum dan makan berdiri dilarang, maka lebih lagi dilarang minum dan makan sambil berjalan.
- Sekira orang yang minum atau makan sambil berdiri kerana lupa maka disunatkan memuntahkan balik apa yang diminum atau dimakannya.
- Sekiranya dalam majlis ada orang ramai maka disunatkan memberi minum kepada orang yang disebelah kanan dahulu.
- Apabila sesoarng itu minum maka janganlah ia bernafas dalam minumannya. Dari Abi Qatadah r.a telah berkata : "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah bersabda : 'Apabila sesorang kamu minum maka janganlah ia bernafas dalam bekas minumannya" (Muttafaqun alay)
- Disunatkan membaca "Bismillah" sebelum makan dan minum dan mengucapkan "Alhamdulillah" selepasnya. Dari Ibn Abas r.a telah berkata : Rasulullah s.a.w bersabda : "Janganlah kamu minum sekali gus seperti minumnya unta, tetapi minumlah dua kali atau tiga kali (teguk ) dan bacalah "Bismillah" bila kamu hendak minum dan ucapkan "Alhamdulillah" apabila kamu selesai minum". (Riwayat Al Tirmiziy)
Petikan daripada buku "Himpunan Hadith-Hadith / Adab-Adab Seorang Mukmin (1)" oleh Abd Muein Abd Rahman.
1 comment:
Salah satu amalan yg kerap diabaikan ialah membasuh tangan. Byk kajian menunjukkan amalan membasuh tangan dpt menghindari dari pelbagai penyakit, apatah membasuh tangan sebelum makan. Didiklah amalan membasuh tangan sejak dari kecil!
Post a Comment