"Ya Allah!, aku berlindung diri dari Engkau dari gangguan syaitan jantan dan dari ganggauan syaitan betina." ( Riwayat al-Bukhari dab Muslim )
Pengajaran Hadith :
1. Hendaklah membaca doa setiap kali masuk tandas bagi mengelakkan dari di ganggu oleh syaitan.
2. Antara bentuk gangguan syaitan ialah memastikan najis terkena badan atau pakaian kita yang akan menyebabkan ibadah kita tidak sah, berkhayal dan menghabiskan masa yang lama dalam tandas.
3. Sekiranya Nabi s.a.w yang terpelihara dari gangguan syaitan, masih membaca doa perlindungan, maka kita umat yang lemah lagi dituntut membacanya.
4. Doa yang sahih yang dibaca ketika hendak masuk tandas seperti di atas. Ertinya : “ Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung dengan engkau dari gangguan syaitan jantan dan dari gangguan syaitan betina”
5. Sekiranya tandas di padang atau tiada pintu, maka doa ini mula dibaca ketika hendak mengangkat kain atau membuka seluar.
6. Rasulullah s.a.w membaca doa ini dengan kuat dan jelas.
7. Haram membawa masuk mashaf al-Quran ke dalam tandas.
8. Makruh membawa apa-apa tulisan yang mengandungi doa-doa dari ayat-ayat al-Quran atau nama Allah ke dalam tandas kecuali “darurah”.
9. Tandas adalah tempat tinggal dan tidur syaitan, oleh itu hendaklah elak dari duduk lama di tandas.
10. Antara sebab utama manusia diazab ketika dalam kubur ialah kerana tidak membersihkan diri dari najis. Sabda Rasulullah s.a.w :” Bersihkan dan jauhkan oleh kamu dari air kencing, sesungguhnya kebanyakan azab kubur adalah berpunca dari air kencing”. (Riawayat al-Darul Quntni)
11. Setiap tempat dan keadaan, ada doa khusus untuk dibaca oleh orang yang beriman. Barangsiapa yang sentiasa membaca doa dalam semua keadaan dan tempat, maka ia termasuk dalam golongan orang yang banyak berzikir kepada Allah. ( al-Nisaa: 4:103, ( al-Azaab; 33:35 )
Himpunan Hadith-Hadith / Adab-adab Seorang Mukmin 1 oleh Abd Muein Abd Rahman
"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran".(Surah Al-Asr,Ayat 1-3)
Tuesday, January 26, 2010
Adab Masuk Tandas
Selasa, 11 Safar 1431H : - Dari Anas r.a telah berkata : “Adalah Rasulullah s.a.w apabila hendak masuk tandas, baginda membaca,
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Sungguh indah sekali Islam sesuai dgn syariatnya yang membawa kesejahteraan & petunjuk jalan hidup. Hinggakan kelakuan yg sekecil-kecilnya ditunjukkan cara dan adab yg betul. Jika dihalusi, semua adab ini menekankan ciri-ciri kebersihan, keselamatan, kesihatan dan mengelak ganguan. Falsafah yg lebih utama drp adab ialah hubungan dgn Allah pada setiap masa & sifat menyerah diri pada kekuasaanNYA. W'aklam.
Post a Comment