Isnin, 10 Safar 1431H : - Dari Ali bin Rabi’ah r.a telah berkata : “ Aku telah melihat (pada suatu hari) telah dibawa datang kepada Ali bin Abu Talib r.a. sebuah kenderaan (bintang) untuk ditunggunginya, manakala beliau hendak meletak kakinya pada kenderaan tersebut, ia berkata. “Bismillah”, dan manakala beliau menaiki dan berada di atas kenderaan, ia membaca:
2. Adab dan doa menaiki kenderaan ialah :
- Baca “Bismillah” apabila mula letak kaki di atas kenderaan.
- Baca doa seperti di atas
- Baca “Alhamdulillah” tiga kali
- Baca “Allahu Akbar” tiga kali.
3. Kita semua sebagai hamba Allah sebenarnya tidak ada kemampuan sedikit pun untuk bergerak dan memperjalankan kenderaan kita melainkan dengan kekuatan dan kekuasaan Allah. Oleh itulah kita diajar supaya sentiasa ingat dan bersyukur atas nikmat Allah yang tidak terhingga. ( A Zukhruf: 43: 12-14)
4. Doa ini juga mengingatkan kita bahawa setiap perjalanan semuanya menuju kepada Allah dan akhirnya kita semua akan kembali dan dibangkitkan untuk dihisab dan diadili. Inilah perjalanan yang paling utama dan terpenting. Firman Allah Ta’ala: ( Hai manusia, sesungguhnya kamu telah berkerja dengan bersungguh-sungguh menuju Tuhanmu, maka pasti kamu akan menemui-Nya (utk menerima pembalasanNya yang buruk mahupun baik. ) Al Insyiqaq;84:6
5. Kita hendaklah sentiasa berserah diri sepenuhnya kepada Allah agar perjalanan kita sentiasa aman dan selamat.
6. Setiap kali hamba memohon ampun kepada Allah, maka setiap kali Allah merasa hairan dan reda dengan hambaNya yang begitu yakin nahawa tidak ada yang boleh mengampunkan dosa-dosa selain dari Allah.
7. Sesungguhnya orang yang banyak berzikir kepada Allah, nercaya Allah akan menyediakan untuknya keampunan dan ganjaran yang besar. (A-lAzhab 33:35)
8. Orang-orang yang sentiasa berzikir akan mendahului di barisan hadapan dan digelar “Al Mufarridun’. (Maksud hadithRiwayat Muslim)
9. Kata Ib Abbas: “yang dimaksudkan dengan “orang yang sentiasa berzikir kepada Allah ialah : mereka yang berzikir selepas solat, waktu pagi dan petang, ketika tidur, bangun dari tidur dan setiap kali keluar dan masuk rumahnya.” Kata Mujahid : Tidak mungkin dikatakan “orang yang banyak berzikir”, melainkan oaring sentiasa berzikir dalam keadaan berdiri, duduk dan berbaring.
10. Ulama sepakat dalam mengharuskan boleh berzikir dangan lidah dan hati bagi orang yang berhadas, berjunub,haid dan nifas. Bagitu juga ulama sepakat: Haram bagi berjunub, haid dan nifas membaca AlQuran. Tetapi dibolehkan emlakukan bacaan dalam hati tanpa menyebutnya.
11. Bagi yang berjunub,haid dan nifas, dibolehkan membaca doa menaiki kenderaan dengan syarat ketia baca tidak berniat membaca AlQuran tetapi bermaksud doa dan zikir.
Petikan daripada buku "Himpunan Hadith-Hadith / Adab-Adab Seorang Mukmin (1)" oleh Abd Muein Abd Rahman.
"Subhanallazi sakhorolana hazhawama kunnalahu mukrinina wainna ila rabbinalamungkolibun" (Maksudnya : Segala puji bagi Allah yang menundukkan bagi kami kenderaan ini, pada hal kami tidak mampu mengendalikannya. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kami, kami akan kembali). kemudian ia berkata”Alhamdulillah” sebanyak tiga kali, kemudian “Allahu Akbar” tiga kali, kemudian berkata : “Maha Suci Engkau, sesungguhnya akau telah menzalimi diriku, oleh itu ampunlah dosaku, sesungguhnya tidak ada yang boleh mengampunkan dosa-dosa melainkan Engkau.” Lalu Ali ketawa, maka dikata kepadanya: “Ya Amirul Mukminin! Mengapa kau ketawa? Jawab Ali: “ Aku telah melihat Rasulullah SAW melakukan sebagaimana apa yang aku lakukan, kemudian baginda ketawa, lalu aku berkata:” Wahai! Rasulullah SAW , kenapa Engkau ketawa? Jawab baginda: “Sesungguhnya Tuhan Engkau Maha suci, merasa hairan dengan hambaNya apabila hambaNya berkata : “Ampunlah dosa-dosaku”, itu menunjukkan hambaKu yakin bahawa tidak ada yang boleh mengampunkan dosa-dosa selain dariKu.” (Riwayat Abu Daud dan Al Tirmiziy, kata Al Tirmiziy: Hadith Hasan Sahih)
Pengajaran Hadis :
1. Hendaklah membaca doa setiap kali menaiki kenderaan sebagai tanda syukur kita kepada Allah atas nikmat kenderaan dan kemudahan ini.
Pengajaran Hadis :
1. Hendaklah membaca doa setiap kali menaiki kenderaan sebagai tanda syukur kita kepada Allah atas nikmat kenderaan dan kemudahan ini.
2. Adab dan doa menaiki kenderaan ialah :
- Baca “Bismillah” apabila mula letak kaki di atas kenderaan.
- Baca doa seperti di atas
- Baca “Alhamdulillah” tiga kali
- Baca “Allahu Akbar” tiga kali.
3. Kita semua sebagai hamba Allah sebenarnya tidak ada kemampuan sedikit pun untuk bergerak dan memperjalankan kenderaan kita melainkan dengan kekuatan dan kekuasaan Allah. Oleh itulah kita diajar supaya sentiasa ingat dan bersyukur atas nikmat Allah yang tidak terhingga. ( A Zukhruf: 43: 12-14)
4. Doa ini juga mengingatkan kita bahawa setiap perjalanan semuanya menuju kepada Allah dan akhirnya kita semua akan kembali dan dibangkitkan untuk dihisab dan diadili. Inilah perjalanan yang paling utama dan terpenting. Firman Allah Ta’ala: ( Hai manusia, sesungguhnya kamu telah berkerja dengan bersungguh-sungguh menuju Tuhanmu, maka pasti kamu akan menemui-Nya (utk menerima pembalasanNya yang buruk mahupun baik. ) Al Insyiqaq;84:6
5. Kita hendaklah sentiasa berserah diri sepenuhnya kepada Allah agar perjalanan kita sentiasa aman dan selamat.
6. Setiap kali hamba memohon ampun kepada Allah, maka setiap kali Allah merasa hairan dan reda dengan hambaNya yang begitu yakin nahawa tidak ada yang boleh mengampunkan dosa-dosa selain dari Allah.
7. Sesungguhnya orang yang banyak berzikir kepada Allah, nercaya Allah akan menyediakan untuknya keampunan dan ganjaran yang besar. (A-lAzhab 33:35)
8. Orang-orang yang sentiasa berzikir akan mendahului di barisan hadapan dan digelar “Al Mufarridun’. (Maksud hadithRiwayat Muslim)
9. Kata Ib Abbas: “yang dimaksudkan dengan “orang yang sentiasa berzikir kepada Allah ialah : mereka yang berzikir selepas solat, waktu pagi dan petang, ketika tidur, bangun dari tidur dan setiap kali keluar dan masuk rumahnya.” Kata Mujahid : Tidak mungkin dikatakan “orang yang banyak berzikir”, melainkan oaring sentiasa berzikir dalam keadaan berdiri, duduk dan berbaring.
10. Ulama sepakat dalam mengharuskan boleh berzikir dangan lidah dan hati bagi orang yang berhadas, berjunub,haid dan nifas. Bagitu juga ulama sepakat: Haram bagi berjunub, haid dan nifas membaca AlQuran. Tetapi dibolehkan emlakukan bacaan dalam hati tanpa menyebutnya.
11. Bagi yang berjunub,haid dan nifas, dibolehkan membaca doa menaiki kenderaan dengan syarat ketia baca tidak berniat membaca AlQuran tetapi bermaksud doa dan zikir.
Petikan daripada buku "Himpunan Hadith-Hadith / Adab-Adab Seorang Mukmin (1)" oleh Abd Muein Abd Rahman.
No comments:
Post a Comment