Jumaat, 10 Rabiulakhir 1431H : - Sabda RasululLah saw yang bermaksud: “Tiga perkara , siapa yang memilikinya maka ia akan mendapat kemanisan iman, hendaklah ia kasihkan Allah SWT dan Rasul-Nya saw lebih dari segala-galanya. Kasihnya kepada seseorang, hendaklah semata-mata kerana Allah SWT. Hendaklah ia benci kembali kepada kafir seperti mana ia benci dilontar ke dalam neraka. ( Riwayat Muslim dan Ibnu Majah. )
Pengajaran hadits:
- Kesempurnaan iman akan diperolehi apabila kita menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah SWT dan kita kasih Allah SWT lebih dari segala-galanya kerana Dia yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
- Kesempurnaan iman akan dicapai apabila kita mengasihi Rasulullah SAW lebih dari kita mengasihi diri sendiri, keluarga dan semua mausia.
- Kemanisan iman akan diberikan oleh Allah SWT kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dan sepatutnya kita sebagai hamba-hamba-Nya berusaha untuk mendapatkannya dan jangan bersikap sombong dan takabbur untuk tunduk dan patuh kepada perintah-perintah-Nya SWT.
- Kita hendaklah kasihkan anak-anak dan isteri/isteri-isteri lebih-lebih lagi ibu dan ayah kita dan sesiapa sahaja kerana Allah SWT.
- Kesempurnaan iman akan hanya diperolehi dengan kepahitan dan akan disusuli selepasnya oleh kemanisan iman dan kebahagiaan sekiranya kita berkorban semata-mata kerana Allah SWT.
- Kesempurnaan iman juga akan diperolehi dengan berpegang teguh dengan Islam.
1 comment:
Kemanisan iman pd Allah boleh dilakukan melalui jalan mengenal Allah. Sayed Sabiq menukilkan dalam bukunya "Akidah Islam", mengenal Allah boleh dilakukan melalui akal fikiran. Akal fikiran yg memikirkan tentang kejadian alam sudah tentu akan tertanya-tanya siapakah yang menjadikan alam semesta ini. Pencarian jawapan ini akan menimbulkan keyakinan bahwa pencipta alam sudah tentu yg Maha Agung.
Mengenal Allah juga melalui nama-nama dan sifat-sifat yang paling Agung. Pemahaman ini akan menundukkan jiwa untuk menjadi hamba yang taat. W'aklam
Post a Comment