Isnin, 13 Rabiulakhir 1431H: - Solat membezakan antara Islam dan Kufur. Solat antara perkara yang menentukan seorang akan ke Syurga atau Neraka. Solat amat diberati dan ditekankan oleh Rasulullah SAW kepada umatnya. Antara sabdanya mengenai Solat ialah :
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: "إِنَّ أَوَّلَ مَا يُحَاسَبُ بِهِ الْعَبْدُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ عَمَلِهِ صَلَاتُهُ. فَإِنْ صَلُحَتْ فَقَدْ أَفْلَحَ وَأَنْجَحَ، وَإِنْ فَسَدَتْ فَقَدْ خَابَ وَخَسِرَ، فَإِنْ انْتَقَصَ مِنْ فَرِيضَتِهِ شَيْءٌ قَالَ الرَّبُّ عَزَّ وَجَلَّ: انْظُرُوا هَلْ لِعَبْدِي مِنْ تَطَوُّعٍ فَيُكَمَّلَ بِهَا مَا انْتَقَصَ مِنْ الْفَرِيضَةِ، ثُمَّ يَكُونُ سَائِرُ عَمَلِهِ عَلَى ذَلِكَ".
رواه الترمذي(1) وكذلك أبو داود والنسائي وابن ماجه وأحمد
Maksudnya:
Dari Abi Hurairah r.a. katanya: Telah bersabda Rasulullah saw: " Sesungguhnya perkara pertama yang yang akan dihitung dan dihisab dari seorang hamba tentang amalannya ialah solatnya. Jika baik maka berjaya dan cemerlanglah dia. Jika rosak maka gagal dan rugilah dia. Jika terkurang darinya apa yang telah difardhukan maka telah berfirman Allah mengenainya: “Lihatlah .. adakah masih ada hamba ku ini memiliki amalan sunat maka amalan tersebut akan menyempurnakan kekurangan pada fardhu nya. Setelah itu seluruh amalannya yang lain dinilai mengikut kaedah ini." (Hadith: Riwayat Tarmizi, Abu Daud, Nasaiy, Ibnu Majah Dan Ahmad)
Pengajaran:

- Solat lima waktu adalah wajib bagi setiap individu yang mengakui dirinya Islam.
- Solat adalah amalan yang pertama yang akan dihisab.
- Jika berjaya solatnya akan barulah akan dihisab amalan yang lain-lain.
- Siapa yang gagal dalam hisab solatnya maka rugilah ia dan akan menerima balasan daripada Allah SWT.
- Siapa yang berjaya beruntunglah dia kerana dan memdapat ganjaran yang dijanjikan oleh Allah SWT.
- Kekurangan di dalam solat fardu akan ditampung oleh solat sunat. Begitu juga amalan fardu yang lain akan ditampung oleh amalan sunat.
- Jangan meringan-ringan amalan sunat.
- Jagalah amalan fardu dan perbanyakkan amalan sunat.
- Sayangilah solat supaya di alam kubur dan di hari qiyamat kita ada bekalan.
- Sayangilah masjid dan makmurkanlah ia dengan solat lebih dari orang musyrik memakmurkan berhala mereka
No comments:
Post a Comment