Friday, May 7, 2010

Hadis :Sayangilah Solat

Jumaat, 23 Jamadilawal 1431H : Sebagai seorang yang mengakui beriman kapada Allah dan RasulNya maka tuntutan kedua yang wajib dilakukan ialah mendirikan solat lima waktu. Solat amat penting kepada seorang yang mengakui beriman kerana ia menentukan kedudukan seseorang itu d idunia dan di akhirat. Rasulullah saw bersabda :

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:
"إِنَّ أَوَّلَ مَا يُحَاسَبُ بِهِ الْعَبْدُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ عَمَلِهِ صَلَاتُهُ. فَإِنْ صَلُحَتْ فَقَدْ أَفْلَحَ وَأَنْجَحَ، وَإِنْ فَسَدَتْ فَقَدْ خَابَ وَخَسِرَ، فَإِنْ انْتَقَصَ مِنْ فَرِيضَتِهِ شَيْءٌ قَالَ الرَّبُّ عَزَّ وَجَلَّ: انْظُرُوا هَلْ لِعَبْدِي مِنْ تَطَوُّعٍ فَيُكَمَّلَ بِهَا مَا انْتَقَصَ مِنْ الْفَرِيضَةِ، ثُمَّ يَكُونُ سَائِرُ عَمَلِهِ عَلَى ذَلِكَ".

رواه الترمذي(1) وكذلك أبو داود والنسائي وابن ماجه وأحمد

Maksudnya: Dari Abi Hurairah r.a. katanya: Telah bersabda Rasulullah saw: Sesungguhnya perkara pertama yang yang akan dihitung dan dihisab dari seorang hamba tentang amalannya ialah solatnya. Jika baik maka berjaya dan cemerlanglah dia. Jika rosak maka gagal dan rugilah dia. Jika terkurang darinya apa yang telah difardhukan maka telah berfirman Allah mengenainya: “Lihatlah .. adakah masih ada hamba ku ini memiliki amalan sunat maka amalan tersebut akan menyempurnakan kekurangan pada fardhu nya. Setelah itu seluruh amalannya yang lain dinilai mengikut kaedah ini. (Hadith: Riwayat Tarmizi, Abu Daud, Nasaiy, Ibnu Majah Dan Ahmad)


Pengajaran:
  1. Solat adalah rukun iman islam yang ke dua selepas kalimah syahadat / tauhid.
  2. Solat membezakan muslim dan kafir.
  3. Solat adalah tiang agama . Sesiapa yang meninggalkan solat ia meruntuhkan agama.
  4. Solatlah sebagaimana Rasulullah SAW solat.
  5. Solat yang sempurna akan menjauhkan diri dari perbuataan keji dan mungkar.
  6. Solat merupakan amalan yang pertama akan dihisab.
  7. Jika solatnya baik dan diterima maka beruntunglah dia dan sebaliknya jika solatnya buruk maka malanglah dia.
  8. Jika amalan solatnya diterima maka mudahlah untuk amalan-amalannya yang lain.
  9. Jika amalan fardunya berkurang, amalan sunat akan dihisab untuk menampung amalan fardhunya
  10. Oleh itu jangan abaikan amalan-amalan sunat dan perlu usaha untuk diperbanyakkan.

No comments: