Isnin, 26 Jamadilawal 1431H : Sesungguhnya telah bersabda RasululLah saw: “Rosaklah orang-orang yang memperbanyakkan harta kecuali orang yang mengkhususkan untuk kepentingan hamba-hamba Allah SWT (bahagian yang ditentukan), tetapi sedikit sekali yang melakukan sedemikian”. ( Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.)
Pengajaran hadis:
Pengajaran hadis:
- Penggunaan harta hendaklah secara bijaksana dan mengikut landasan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.
- Setiap penggunaan harta akan dipersoalkan oleh Allah SWT.
- Beruntunglah orang yang menggunakan harta yang dianugerahkan oleh Allah SWT secara berjimat-cermat tanpa adanya sebarang pembaziran.
- Bersihkan harta yang dikumpul dengan berzakat, bersedekah, memberi hadiah atau makanan dan seumpamanya boleh memberikan keberkatan di dalam kehidupan dunia dan akhirat.
- Harta yang dibelanjakan dijalan Allah dan ikhlas kerana Allah amat besar ganjarannya di sisiNya.
No comments:
Post a Comment