Tuesday, March 1, 2011

Hadith Sahih & Hadis Hasan

Selasa, 26 Rabiulawal 1432H: Hadis Sahih ialah hadis yang berhubung/bersambungan sanad dari permulaan hingga akhir dan periwayat-periwayat tersebut bersifat berikut:
  • Adil
  • Kuat Ingatannya
  • Sejahtera dari keganjilan
  • Sejahtera dari kecederaan yang memburukkan

Hadis Sahih perlu cukup sanadnya dari awal sampai akhir dan oleh orang-orang yang sempurna hafalannya.Syarat hadis sahih, iaitu:

  • Sanadnya bersambung
  • Perawinya sudah baligh
  • Berakal
  • Tidak mengerjakan dosa
  • Sempurna hafalannya
  • Perawi yang ada dalam sanad itu hams adil dan hadis yang diriwayatkannya tidak bertentangan dengan hadis Mutawatir atau dengan ayat al-Quran.

Hadis Sahih terbagi menjadi dua:

  1. Sahih Lizatihi, yakni hadis yang sahih dengan sendirinya tanpa diperkuat dengan keterangan lain. Contoh, "Tangan di atas {memberi} lebih baik dari tangan di bawah {menerima}." (H.R Bukhari dan Muslim).
  2. Sahih Lighairihi, yakni hadis yang sahihnya kerana diperkuat dengan keterangan lain. Contohnya, "Kalau sekiranya tidak terlalu menyusahkan umatku untuk mengerjakannya, maka aku perintahkan mereka bersugi {siwak} setiap akan solat. " (H.R Hasan).

Dilihat dari sanadnya, semata-mata hadis Hasan Lizatihi, namun kerana dikuatkan oleh riwayat Bukhari, maka jadilah ia sahih Lighairihi.

Hadis Hasan ialah hadis yang berhubung/bersambungan sanad dari permulaan hingga akhir dan periwayat-periwayat tersebut bersifat seperti Hadis Sahih, tetapi mereka tidak mempunyai ingatan yang kuat.

Hadis Hasan, adalah hadis yang dari segi hafalannya kurang dari hadis sahih. Hadis Hasan dibahagi dua:

  1. Hasan Lizatihi, yakni hadis yang dengan sendirinya dikatakan Hasan, Hadis ini ada yang sampai tingkat sahih lighairihi.
  2. Hasan Lighairihi, yakni hadis yang Hasannya dibantu keterangan lain. Contohnya, "Sembelihan bagi bayi haiwan yang ada dalam perut ibunya {janin} cukuplah dengan sembelihan ibunya saja." (H.R beberapa Imam, antara lain Tirmizi, Hakim dan Darimi).

Hadis di atas jika kita ambil dari sanad Imam Darimi, ialah Darimi menerima

dari

1. Ishak bin Ibrahim,

dari

2. Itab bin Basir,

dari

3. Ubaidillah bin Abu Ziyad,

dari

4. Abu Zubair,

dari

5. Jabir,

dari

Nabi Muhammad s.a.w.

Nama yang tercela dalam sanad di atas ialah nomor 3 (Ubaidillah bin Abu Ziyad) sebab ia bukan seorang yang kuat dan teguh menurut Abu Yatim.

1 comment:

zainal said...

Jika setiap insan teliti dan memeriksa setiap maklumat/berita/fitnah/umpat sama seperti mana memeriksa perawi hadis sudah tentu perhubungan sesama manusia lebih harmoni dan positif. Banyak persengketaan/konflik/pergaduhan kerana mendapat maklumat dari sumber yang ragu/palsu.

2.Sama-samalah menjadi insan yang berintegriti agar menjadi seorang yang bertanggungjawab, amanah, jujur, boleh dipercayai dan adil dalam membuat sesuatu perkara.

3.Integriti bukan hanya ikrar di mulut, tetapi adalah berdasarkan niat dan amalan.

Wallahuaklam.