Wednesday, March 2, 2011

Hadith Dha'if & Hadith Maudhuk

Rabu, 27 Rabiulawal 1432H : Hadis Dha'if ialah hadis yang tidak diketahui periwayat atau pun periwayatnya tidak bersifat seperti periwayat Hadis Sahih atau Hasan.

Hadis Dha'if adalah hadis yang tidak bersambung sanadnya, atau di antara sanadnya ada orang yang cacat. Cacat yang dimaksud, rawinya bukan orang Islam, atau belum baligh, atau tidak dikenal orang, atau pelupa/pendusta/fasik dan suka berbuat dosa. Contohnya, "Barangsiapa yang berkata kepada orang miskin, 'bergembiralah', maka wajib baginya surga." (H.R. Ibnu 'Adi).

Di antara perawi hadis tersebut ialah Abdu Mali bin Harun. Menurut Imam Yahya, ia pendusta, sedangkan Ibnu Hiban mengatakannya sebagai pemalsu hadis.

"..Dalam madzhab Syafi’I Hadits dha’if tidak dipakai untuk dalil bagi penegak hukum, tetapi dipakai untuk dalil bagi “ fadhailul a’mal”. Fadhailul A’mal maksudnya ialah amal ibadat yang sunat-sunat, yang tidak bersangkut dengan orang lain, seperti zikir, doa, tasbih, wirid dan lain- lain.Hadits Mursal tidak dipakai juga bagi penegak hukum dalam madzhab Syafi’e kerana Hadits Mursal juga Hadits dha’if. Tetapi dikecualikan mursalnya seorang Thabi’in bernama Said Ibnul Musayyab.

Dalam madzhab Hambali lebih longgar. Hadits dha’if bukan saja dipakai dalam Fadhailul A’mal, tetapi juga bagi penegak hukum, dengan syarat dha’ifnya itu tidak keterlaluan.

Imam Malik, Imam Abu Hanifah dan Imam Ahmad memakai Hadits yang dha’if kerana Mursal, baik untuk Fadhailul A’mal mahupun bagi penegak hukum.

Imam-imam Mujtahid memakai Hadits-hadits dha’if untuk dalil kerana Hadits itu bukanlah Hadits yang dibuat-buat, tetapi hanya lemah saja sifatnya. Kerana itu tidaklah tepat kalau amal-amal ibadat yang berdasarkan kepada Hadits dha’if dikatakan bid’ah, apalagi kalau dikatakan bid’ah dhalalah..."

Hadis Maudhuk ialah hadis yang diriwayatkan oleh mereka dengan mendustakannya dari Nabi Muhammad s.a.w. pada halnya nyata tidak. Juga dikenali sebagai Hadis Palsu (diriwayatkan berdasar kepentingan tertentu).

1 comment:

zainal said...

Begitu teliti sekali ulama dlm membuat sesuatu ketetapan.Jika pun ada kelemahan dari sudut tertentu, mereka masih berlapang dada/meraikan perbezaan pendapat.

2. Malangnya segelintir manusia suka melabel/menghukum seseorang. Pelakuan ini tidak membantu dalam membina/memajukan umat.

3.Allah sendiri melarang untuk melakukannya spt dlm mafhum firman Allah:

a.Memanggil dengan gelaran buruk (Hujarat: 11)
b.Mencaci dan beri malu (Al Hujurat: 1)
c.Buat fitnah (Al Baqarah:191)
d.Mencari aib seseorang (Al Hujurat :12)
e.Memaki orang (Al Humazah: 1)

4. Asuhan/didikan pada anak supaya menerima dengan terbuka ilmu/pendapat/teguran adalah kunci menjadikan mereka seorang anak yang berlapang dada dan menjauhi sifat melabel/menghukum orang lain.

Wallahuaklam.