Tuesday, March 8, 2011

Keutamaan Saf Pertama & Saf Sempurna

Selasa, 3 Rabiulakhir 1432H ; Nabi s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Allah memberi rahmat dan Malaikatnya pula mendoakan bagi orang-orang yang masuk menutup celah-celah saf sembahyang serta orang-orang yang merapatkannya; dan orang yang masuk menutup celah saf sembahyang itu (akan beroleh satu tambahan lagi, iaitu) diangkatkan Allah martabatnya dengan perbutannya yang tersebut: satu darjat."( HR Aisyah r.a )

Dari Abu Mas’ud r.a katanya:”Rasulullah s.a.w menyentuh bahu kami sebelum solat sambil berkata:”Luruskan barisanmu, jangan bengkok-bengkok kerana barisan yang bengkok, nescaya akan menyebabkan hatimu berpecah-belah. Orang dewasa yang cerdik dan pandai hendaklah berdiri dekat di belakangku, kemudian yang pandai dan seterusnya.” (HR Muslim)

Pengajaran Hadith:

i) Solat berjamaah adalah lebih besar ganjarannya daripada bersolat seorang diri dengan 27 kali ganda pahalanya.

ii) Setiap saf mestilah disusun dengan sempurna iaitu rapat dan penuh serta tidak terputus-putus. Saf mestilah lurus, bahu bertemu bahu dan tumit bertemu tumit. Dari Anas r.a, dari nabi s.a.w sabdanya:”Luruskan saf! Aku dapat melihatmu di belakangku. Di antara kami ada yang bertemu bahu dengan bahu kawannya dan tumit dengan tumit.” (HR al-Bukhari)

iii) Orang-orang yang mengambil berat tentang barisan (saf) sembahyang jemaah yang disertainya dijanjikan balasan rahmat dari Allah S.W.T serta malaikat mendoakan kebaikan untuk dirinya malah orang yang masuk menutup celah-celah saf sembahyang akan diangkat lagi martabatnya dengan satu darjat.

1 comment:

zainal said...

Kerukunan berjemaah seumpama ikatan bata pada dinding bangunan. Ikatannya perlu lurus, kemas dan ketat supaya kukuh dan tidak mudarat.

2.Ramai orang yg cemerlang akademiknya tetapi lemah dari segi kepintaran sosialnya khususnya kerukunan hidup berjemaah/bermasyarakat.

3.Antara keberkatan hidup berjemaah:

a.Belajar mengiktiraf hak org lain
b.Muafakat & tolon menolong
c.Memimpin dan dipimpin
d.Menghargai dan dihargai
e.Penyayang dan disayangi

4.Unit kecil jemaah ialah keluarga sendiri. Bina/aturlah keluarga sendiri supaya lurus, kemas dan tidak lompong!

Wallahuaklam