Monday, June 20, 2011

Qana'ah

Isnin,18 Rejab 1432H: Dari Abu Hurairah r.a katanya:”Nabi saw. bersabda yang maksudnya:”Lihatlah kepada orang yang lebih rendah daripadamu dan jangan melihat kepada orang yang lebih tinggi. Itulah tembok yang kukuh supaya kamu tidak menghina pemberian Allah kepadamu.” (HR Bukhari)

Pengajaran Hadis:

1. Selaku insan mukmin, kita tidak harus menyalahkan apa sahaja pemberian Allah SWT apalagi menghinanya kerana jika dihitung-hitung nikmat Allah, nescaya kita tidak akan sanggup menghitungnya lagi disebabkan terlampau banyaknya nikmat tersebut termasuklah pemberian yang tidak kita sedari.

2. Kita jangan merasa kesal atau kecewa dengan ciptaan atau pemberian Allah sama ada kita mengalami kecacatan, kekurangan dan sebagainya. Hal ini kerana jika kita mengeluh terhadap-Nya, padahal kita sedang menikmati rahmat-Nya, itu bermakna kita tamak dan menutup mata atas nikmat yang telah kita miliki selama ini dan hal demikian akan menjerumuskan kita ke lembah kekufuran serta mengundang kemurkaan Allah sehingga tiba suatu masa kelak, Allah SWT akan menarik semula segala nikmat pemberian-Nya itu dan menggantikannya dengan kesusahan.

3. Ketika itulah kita akan menyesal dan celik akan hakikat sebenarnya. Sesungguhnya sebahagian besar musibah yang menimpa manusia adalah disebabkan oleh keluhan-keluhan mereka terhadap-Nya sedangkan Allah itu Maha Pengasih, Maha Adil dan lemah-lembut terhadap hamba-hamba-Nya.

4. Oleh itu dalam apa juga perkara kita hendaklah bersifat qana’ah dan sentiasa bersyukur di samping berusaha dan bersabar kerana Allah ada berfirman yang maksudnya:”...boleh jadi kamu benci pada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu) sedang kamu tidak mengetahui.” (al-Baqarah:216)

5. Untuk melahiran sifat sentiasa bersyukur kepada Allah, kita mestilah melihat merekan yang dibawah kita bukan diatas kita.

1 comment:

zainal said...

Syukur adalah tanda redha dengan ketentuan Allah.

2.Isunya, ramai org percaya tentang syukur tetapi dari segi amalannya b/mana?.

3. Tanda-tanda org yg syukur (amalan):

a.Istiqamah solat dlm apa jua keadaan (susah, senang, gembira, sedih, kaya, miskin)
b. Sederhana dlm apa jua urusan.
c.Istiqamah infaq harta/diri pada jalan Allah
d.Hati yg sentiasa tunduk, lidah yg basah memuji, anggota yg taat perintah Allah
e. Tidak keluh kesah
f. Tidak iri hati dgn org yg dapat lebih
g.Tidak sombong/bongkak apabila mendapat kurnia

4.Allah menjanjikan pahala/ganjaran yg besar utk org yg bersyukur. Antaranya ialah akan ditambah nikmat pada org yg selalu bersyukur.

Wallahuaklam.