Rabu, 12 Safar 1447H | Doa Ketika Ujian Berat Menimpa
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : لَا يَتَمَنَّيَنَّ أَحَدٌ مِنْكُمُ الْمَوْتَ لِضُرٍّ نَزَلَ بِهِ، فَإِنْ كَانَ لَا بُدَّ مُتَمَنِّيًا لِلْمَوْتِ، فَلْيَقُلْ: اللَّهُمَّ أَحْيِنِي مَا كَانَتِ الْحَيَاةُ خَيْرًا لِي، وَتَوَفَّنِي إِذَا كَانَتِ الْوَفَاةُ خَيْرًا لِي
Daripada Anas bin Malik RA berkata, Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah salah seorang daripada kamu mengharapkan kematian kerana ditimpa musibah (kesusahan atau penderitaan). Jika dia terpaksa juga ingin berdoa (memohon kematian), maka hendaklah dia berkata: 'Ya Allah, hidupkanlah aku selagi kehidupan itu lebih baik bagiku, dan matikanlah aku jika kematian itu lebih baik bagiku.'" (HR Bukhari No: 6351) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Kita dilarang daripada meminta kematian hanya kerana ditimpa kesusahan, penyakit, kegagalan, atau tekanan hidup. Hidup dan mati adalah ketentuan qadar dan qada’ Allah, dan hikmah ujian yang datang tidak kita ketahui.
2. Kesabaran dalam mengharungi ujian kehidupan adalah jalan kepada pengampunan dan ganjaran yang besar. Ujian hidup adalah cara Allah meninggikan darjat hamba-Nya.
3. Jika kita merasa dalam keadaan sangat berat menghadapi ujian penyakit contohnya dan niatnya bukan untuk lari dari takdir, Nabi SAW mengajar doa yang lebih selamat dan penuh adab untuk dibaca:
اللَّهُمَّ أَحْيِنِي مَا كَانَتِ الْحَيَاةُ خَيْرًا لِي، وَتَوَفَّنِي إِذَا كَانَتِ الْوَفَاةُ خَيْرًا لِي
Maksudnya: Ya Allah, hidupkanlah aku selagi kehidupan itu lebih baik bagiku, dan matikanlah aku jika kematian itu lebih baik bagiku.
4. Kehidupan atau kematian adalah rahsia Allah. Kita tidak tahu sama ada kesusahan hidup itu sebenarnya membawa kebaikan, atau kematian itu sebenarnya membawa keburukan, maka kita serahkan kepada Allah yang Maha Mengetahui.
No comments:
Post a Comment