Sabtu, 11 Muharam 1448H | Jauhi Sifat Dengki, Benci dan Memutuskan Silaturahim & Ukhuwah
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: لَا تَحَاسَدُوا، وَلَا تَبَاغَضُوا، وَلَا تَقَاطَعُوا، وَكُونُوا عِبَادَ اللَّهِ إِخْوَانًا
Daripada Anas bin Malik RA bahawa Nabi SAW bersabda: "Janganlah kamu saling dengki mendengki, janganlah kamu saling membenci, janganlah kamu saling memutuskan hubungan satu sama lain dan jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara." (HR Muslim No: 4642) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Sebagai Muslim kita dilarang saling berdengki sesama Muslim. Dengki berpunca dari penyakit hasad iaitu mengharap nikmat yang dimiliki orang lain hilang daripadanya.
2. Elakkan dari saling membenci. Menurut Ibn Hajar, kebencian yang dilarang ialah kebencian kerana kepentingan dunia, hawa nafsu atau permusuhan peribadi.
3. Setiap Muslim dilarang memutuskan hubungan silaturahim dengan ahli keluarga serta kerabat. Memelihara silaturahim merupakan kewajipan yang dituntut oleh Islam.
4. Berusahalah menjaga ukhuwah sesama Muslim kerana orang Mukmin itu bersaudara. Persaudaraan Islam hendaklah dibina atas dasar iman, kasih sayang dan saling menghormati.
5. Sifat hasad dengki dan kebencian yang ada pada seseorang menjadi penyebab putusnya hubungan ukhuwah dan silaturrahim.
6. Menurut Ibn al-Qayyim, hasad, kebencian dan permusuhan merupakan penyakit hati yang boleh menghapuskan kemanisan iman serta merosakkan hubungan sesama manusia.
7. Persaudaraan Islam bukan sekadar ikatan lahiriah, tetapi lahir daripada hati yang bersih dan keimanan yang tulus kepada Allah SWT. Oleh itu, setiap Muslim hendaklah sentiasa bermuhasabah, menyucikan hati daripada sifat-sifat mazmumah dan berusaha memupuk ukhuwah agar lahir masyarakat yang aman, bersatu dan diredai Allah SWT.
No comments:
Post a Comment