Selasa, 17 Syawal 1430H - Bersabda Rasulullah SAW, “ Satu kali sembahyang di dalam masjidku ini adalah lebih utama daripada seribu kali sembahyang di tempat lain, kecuali di Masjidil Haram ( Mekah).”
Lamunan kelebihan Kota Madinah terhenti dengan seruan azan Subuh yang mengasyikkan yang dilaungkan oleh mua’azin dan jam menunjukkan pukul 04:01 pagi.. Antara percaya tak percaya bahawa kami sekarang berada dibumi Madinah 8000 km dari tempat tinggal kami dan berada disalah satu tempat yang paling mulia didunia yang disabdakan oleh Nabi SAW iaitu “Masjid Nabawi” dan akan menunaikan solat subuh didalammya ditempat Rasulullah SAW dan para sahabat mengerjakan solat dan Nabi menjadi ImamNya 1428 tahun dahulu. Allahhu Akhbar.
Sistem pembesar suara yang berkualiti tinggi dan bacaan dari Imam amat mengasyikkan. Tidak siapapun boleh menafikan mutu bacaan Imam hafiz yang bertaraf dunia ini, sekali mendengarnya amat mententeramkan jiwa dan terkadang-kadang bacaan imam tersekat-sekat serta tersedu-sedu kerana tidak dapat menahan sedih apabila sampai pada ayat-ayat tertentu….jemaah yang memahami ayat-ayat tersebut juga turut tersedu—sedu mengalirkan air mata dan terkadang-kadang kami juga turut mengalirkan air mata.. Ya Allah, berilah kami juga kefahaman ini. Untuk makluman tiada doa qunut dibaca di dalam solat Suboh samada di Madinah atau di Mekah. Juga jangan hairan tiada wirid atau doa oleh Imam selepas setiap sembahyang lima waktu. Masing-masing bebas membuat amalan mereka masing-masing. Bersalaman selepas sembahyang juga tidak ada tapi tak salah kalau nak bersalaman.
Ketika kami mula-mula melihat Masjid Nabawi ianya tersergam indah dan pembangunan pembesarannya amat menakjubkan. Mengikut catatan sejarah Masjid Nabawi telah dibangunkan oleh Rasululllah SAW yang keluasan asalnya ialah 50 x 50 m, tinggi atap 3.5 m dan beberapa pembesaran telah dibuat selepas itu dan sehinggalah sekarang dengan keluasan 82 000m2 dan boleh menampung 535,000 jemaaah. Awas terdapat 543 buah kamera (CCTV) pengawas di dalam dan di luar masjid. Zaman Nabi SAW dan Khualafa Rasyidun, Masjid Nabawi tidak mempunyai menara. Orang yang pertama membangunkan menara ialah Umar b. Abdul Aziz pada tahun 93 H iaitu di empat sudut Masjid setinggi lebih kurang 27.5m dan semasa pemerintahan Saudi kedua ditambah lagi enam menjadi jumlah keseluruhannya 10 buah menara. Disamping payung-payung gergasi yang canggih terdapat juga kubah-kubah bergerak yang boleh dibuka dan ditutup.
Selepas sembahyang Suboh dan melakukan amalan persendirian kami sempat memerhatikan persekitaran dalam masjid yang begitu indah ukirannya, bersih dan teramat luas. Kami juga cuba memahami selok belok keadaan dalam masjid untuk memudahkan kami datang seterusnya. Lebih kuang pukul 7.00 am kami kembali semula ke Hotel penginapan. Bagi yang beristeri, janji setia pertemuan yang diatur sebelum ini dikotakan dengan setia menunggu isteri dan anak masing-masing. Selepas bersarapan kami melepaskan keletihan perjalanan. Waktu berlalu begitu pantas tetapi dihati kami masih belum merasa puas kerana kami belum lagi dapat beribadah di Raudhah dan menziarahi makam Rasulullah SAW.
Lebih kurang pukul 10.00 am kami bersiap-siap untuk pergi semula ke Masjid Nabawi dengan harapan untuk sembanyang Tahiyatul Masjid di Raudhah dan menziarahi makam Rasulullah SAW, Sayidina Abu Bakar ra dan Sayidina Omar ra . Raudhah seperti yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda: “Antara rumahku dan mimbarku adalah taman ( raudhah) dari taman-taman syurga. Dan mimbarku di atas kolam.” (Shahih Bukhari). Menurut sebagian ulama salaf, antara mimbar dan rumah Rasul menyerupai taman dari taman-taman syurga. Pendapat lain pula menyatakan bahawa “Raudhah” tersebut, diakhirat kelak benar-benar akan berpindah ke syurga. Dan juga ulama mengatakan, ia bagaikan taman dari taman-taman syurga dalam hal turunnya rahmat dan tercapainya kebahagiaan. Raudhah merupakan satu kawasan kecil yang terletak berhampiran mimbar dan bersebelahan makan Rasulullah SAW. Ia dibezakan dengan carpet yang berwarna kekuningan dan dikelilingi tiang-tiang yang berwarna putih.
Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya mimbarku berada di sebuah pintu dari pintu-pintu syurga.”(Majma al Zawaid). Riwayat lain mengatakan “Sesungguhnya tiang-tiang mimbarku ini (menjadi) pahala di syurga kelak.”(Hadits Shahih Sunan Nasai). Selain dari itu terdapat “Tiang Mukhallaqah” iaitu tempat bekas batang korma yang digunakan Nabi SAW ketika berkhutbah mahupun solat. Apabila sahabat membuat mimbar dan Nabi melalui batang korma itu menuju ke mimbar batang itu menjerit hingga terbelah dan didengari oleh Rasulullah SAW lalu baginda turun lalu mengusapnya dengan tangan hingga tenang kemudian kembali ke mimbar. Imam Hasan al Bashri jika mencerita mimbar ini, beliau menangis seraya berkata: “Wahai manusia, batang korma saja merintih merindukan Rasulullah SAW, meminta beliau kembali ke tempatnya, kalian mestilah lebih-lebih lagi merindukan pertemuan dengan Rasulullah SAW.” (Syarh al-Syifa li al Qari). Di samping itu dikawasan raudhah juga terdapat “Tiang Aisyah”. Dari Asyiah rha diriwayatkan bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya ada sebongkah tanah di samping tiang itu ( mukhallaqah) di Masjid Nabawi, seandainya orang tahu, meraka akan melakukan undian untuk memperebutkan tempat itu untuk shalat. Maka dinamakan dengan “Tiang Undian” ( Majma al Zawaid).
Terdapat juga tiang yang dinamakan “Tiang Abu Lubabah” kerana Abu Lubabah mengikat dirinya ditiang tersebut setelah mengkhianti Allah dan RasulNya , apabila ia sedar dia bersumpah tidak akan melakukan apa-apa sampai menemui ajal atau Allah memerima taubatnya selama 9 hari sampai jatuh pengsan. Kemudian Allah SWT turunkan taubatnya kepada Rasulullah SAW,: Allah berfirman “ Hai orang-orang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul (Muhammad) dan janganlah kamu mengkhianati amanat-amanat yang dipercayakan kepadamu, sedang kamu mengetahui.” ( Al Anfal,8:27) lalu dimaklumkan sahabat kepadanya tetapi beliau tetap bersumpah bahawa tali ikatannya tidak akan dilepaskan kecuali oleh Rasullullah SAW dan akhirnya baginda melepaskan ikatan itu. Selepas itu, ia berkata kepada Rasulullah SAW, Wahai Rasulullah, saya telah bernazar untuk mensedekahkan hartaku. Nabi pun menjawab: sepertiganya saja engkau sedekahkan sudah mendapat pahala.”.
Disebab kelebihan dan keberkatan yang ada jika beribadat di Raudhah dan ruangnya yang agak kecil maka ia menjadi tempat tumpuan semua jemaah dan agak penuh sesak. Untuk beribadat ditempat tersebut kita perlu banyak bersabar dan menunggu giliran jika ada tempat-tempat yang kosong dan perlu banyak berdoa kepada Allah semuga diberikan kemudahan dan kesempatan beribadat di situ dengan mendirikan sembahyang sunat dan memperbanyakkan doa. Alhamdulillah dengan keizinan Allah SWT kami semua dapat beribadah di raudhah. Semuga ibadat kami dan doa kami diterima oleh Allah SWT. Amin
Kawasan Raudhah ini ditutup pada pukul 7.00 pagi hingga 11.00 pagi dan 1.00 petang hingga 3.00 petang kerana memberi peluang kepada jemaah wanita untuk beribadah ditempat tersebut.
Setelah selesai beribadat di raudhah kami seterusnya bergerak untuk menziarahi makan Rasulullah SAW dengan memasuki pintu “Babu Salam”dengan diiringi doa. Makam Rasulullah SAW terletak betul-betul dibawah kubah hijau. Kami kemudian terus berjalan ke Makam Rasulullah SAW dan sesudah sampai dimakamNya kami berdiri menghadapnya dengan membelakangkan qiblat dan berhadapan dengan dinding makam itu lalu memberi salam “Salam sejahtera ke atasmu, wahai Rasululullah! Salam sejahtera ke atasmu, wahai Nabi Allah! dan seterusnya…. sehingga yang terakhir Salam sejahtera ke atasmu dan ke atas sekalian keluargamu dan para sahabatmu yang baik-baik.” Kemudian diikuti dengan doa, seelok-eloknya berdoa menghadap qiblat. Kami juga memyampaikan salam orang lain yang minta disampaikan. Menurut ulama, berdasarkan nas-nas jasad para Nabi dipelihara dari dimakan bumi. Rasulullah SAW bersabda : “ Allah SWT mengharamkan jasad para Nabi dari reput dan hancur dimakan oleh bumi ( Riwayat Nasai, Ibnu Majah dll)
Selepas itu kami beredar pula ke makam Sayidina Abu Bakar Al Siddiq ra bersebelahan makan Rasulullah SAW, lalu memberi salam kepadanya dan seterusnya ke makan Sayidina Umar Ibn AlKhattab ra,selepas memberi salam dan berdoa kami kembali ke raudhah untuk bersolat. Alhamdulillah sempuralah rasanya ziarah kami di Madinah dan jika kesempatan kami akan datang lagi. Untuk makluman makam Rasulullah SAW dan sahabatNya ini terlindung dan berpagar yang dikatakan dibuat daripada tembaga. Hanya boleh dilihat dari dekat melalui lubang kecil yang disediakan. Apa yang saya sempat lihat, makam diselimuti dengan kain berwarna hijau.
Menrut maklumat yang saya perolehi, makam Rasulullah dan tempat kedua sahabatnya dikebumikan merupakan kamar Aisyah. Di kamar itu juga terdapat tempat (makam) keempat yang kelak akan digunakan untuk Nabi Isa AS. Menurut kisahnya, Aisyah rha isteri Rasulullah SAW berkata: “Aku bermimpi melihat tiga rembulan jatuh di kamarku, maka keceritakan mimpiku itu kepada Abu Bakar as-Shiddiq ra. Kemudian ketika Rasulullah wafat dan dikuburkan di rumahnya, Abu Bakar ra berkata kepada Aisyah rha, “Inilah salah satu rembulanmu itu dan inilah yang terbaik. Menurut Malik, Rasulullah SAW wafat pada hari Isnin, dikuburkan pada hari Selasa dan orang mensolatinya secara sendiri-sendiri,tidak ada seorang pun yang menjadi imam. Ada yang berkata, “kuburkan saja di mimbar”, yang lain pula berkata; “kuburkan saja di Baqi”. Maka setelah Abu Bakar ra datang ia berkata: “Tidak ada seorang nabi pun yang dikuburkan kecuali di tempat dimana ia wafat”. Dan digalilah tempat itu iaitu di kamar Aisyah. Ketika sedang memandikan, orang-orang hendak membuka bajunya, tiba-tiba mereka mendengar suara, “jangan kalian lepas baju itu”, maka baju Rasul pun tidak dilepaskan hingga selesai dimandikan.
Kemudian, apabila Abu Bakar ra wafat, beliau dikuburkan dikamar Aisyah di samping Rasulullah SAW, sebagaimana telah diwasiatkannya sendiri. Dialah rembulan kedua dalam mimpi Aisyah rha. Manakala ketika menjalang wafatnya, Umar ra berkata kepada anaknya Abdullah ra: “Pergilah ke Ummul Mu’minin Aisyah rha dan katakana, Umar menyampaikan salam kepadamu dan mohonkanlah agar aku dikubur bersama sahabatku”. Aisyah rha pun menjawab: “Sebenarnya aku menginginkannya untuk diriku sendiri dan hari ini aku tidak menginginkannya lagi. Ketika Abdullah ra kembali ia berkata: “Aisyah rha telah mengizinkannya untukmu wahai Amirul Mu”minin. Umar pun menjawab: “Tidak ada sesuatu yang lebih penting bagiku daripada tempat peristirahatan itu.” (Shahih Bukhari). Abdullah ibn Salam ra mengatakan bahawa dalam Taurat tertulis sifat Muhammad SAW dan Isa ibn Maryam (tertulis pula) akan dimakamkan bersamanya. Menurut Abu Mawdud,bahawa kamar Aisyah masih cukup untuk satu makam lagi. (Jami al Tirmidzi)

No comments:
Post a Comment