Wednesday, October 28, 2009

Merintas Hutan Air Terjun Sg Gabai

Rabu, 9 Zulkaedah 1430H :- Pada hari Sabtu bersamaan 24 Oktober 2004, lebih kurang pukul 7 pagi Ana, Zainal, Hj Mad, Hj Zul, Hj Azmi dan Bro. Zaini telah bertolak ke Air Terjun Sg Gabai Hulu Langat. Tepat pukul 8 pagi kami sampai didestinasi yang ditujui dan dimulai dengan solat Dhuha dan doa memohon pelindungan dan keredhaan Allah. Ekspedisi merintas Hutan di Air Terjun Sg Gabai merupakan salah satu aktiviti yang dirancang sebelum kami semua berangkat ke Kota Kinablu, Sabah menakluk puncak Gunung Kinabalu pada bulan Disember 2009, Insyallah.



Sebelum mendaki di kaki Air Terjun Sg Gabai


Check point di Air Terjun Sg Gabai

Merintas hutan dipinggir Sg Gabai

Sesungguh cabaran itu menguji kesabaran.

Berjalan merintas hutan yg tiada penghujungnya.

Kabus tebal waktu pagi yang menyegarkan fizikal dan mental.

Sepanjang sungai banyak terdapat pokok buluh betong yang saling berkerjasama antara "aur dengan tebing"

Berehat sambil melihat kebesaran ciptaan Allah yang dicipta bukan sia-sia tapi meminta kita berfikir dan mencari hikmah disebaliknya.
Berjalan merintas hutan mengambil masa lebih kurang 1 jam setengah yang penuh cabaran menguji kekuatan fizikal dan mental. Kepenatan dan kepuasan disudahi dengan mandi dikolam air terjun.

1 comment:

Anonymous said...

Perjalanan ini memberikan kepuasan spiritual yang tak terhingga. Melihat langit, matahari,sungai dan lembah menambahkan keimanan kami bahawa Allah adalah pencipta semua alam semesta. Ini adalah dalil akli yg mudah untuk difahami. Allah telah berfirman, mafhumnya " Dan telah kami jadikan bumi ini gunung-gunung yang kukuh supaya bumi tidak goncang bersama mereka, dan tekah dijadikan pula di bimi itu jalan-jalan yang luas, agar mereka mendapat petunjuk" - Al Anbiyak: 31. W'aklam.