Monday, April 19, 2010

Hadis : Sedekah

Isnin, 5 Jamadilawal 1431H : - Bersedekah adalah amalan yang amat dituntut walaupun dengan sebiji kurma atau dengan hanya senyuman. Niat dan keikhlasan semata-mata mencari keredhaan Allah menjadi setiap amalan termasuk sedekah dicintai Allah,

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ:
" قَالَ اللَّهُ: أَنْفِقْ يَا ابْنَ آدَمَ، أُنْفِقْ عَلَيْكَ ".
(رواه البخاري ومسلم)

Maksudnya: Dari Abi Hurairah R.A: Sesungguhnya Rasulullah S.A.W telah bersabda: “Telah berfirman Allah swt: “Infakkanlah (sedekahkan) harta mu wahai anak Adam nescaya akan Aku infakkan (sedekahkan) pula kepada kamu”. (Hadith Riwayat Bukhari Dan Muslim)

Pengajaran:
  1. Semua yang ada pada kita adalah pianjaman Allah.
  2. Tiada satupun nikmat yang ada pada kita melainkan dari Allah.
  3. Saban hari terdapat malaikat yang sentiasa berdoa: “Ya Allah! Engkau kurniakanlah kepada orang yang bersedekah galang ganti harta yang disedekahkan dan Engkau jadikan bagi orang yang kikir dan bakhil kemusnahan kepada hartanya”.
  4. Bersedekah akan menyuburkan harta.
  5. Harta atau wang yang disedekahkan merupakan pelaburan untuk akhirat.
  6. Harta dan wang yang menjadi milik kita yang kekal abadi ialah apa yang kita sedekahkan dan bukan apa yang kita belanjakan.
  7. Semua harta kita akan kita tinggalkan apabila mati dan akan diwarisi.

1 comment:

zainal said...

Salah satu tanda kasih sayang sesama manusia ialah bersedekah. Ini dianjurkan oleh Allah sendiri dlm Al Quran. (lihat Al-Baqarah: 254, Al-Baqarah: 195, An-Nisaa:8). Sedekah boleh dilakukan sama ada secara bersembungi atau terang-terangan. Mafhum firman Allah, "Orang-orang yang menafkahkan hartanya malam dan siang, dengan sembunyi dan teran-terangan, maka mereka itu pahala disisi Tuhanya dan tidak ada ketakutan ke atas mereka dan tiada mereka berdukacita".( AlBaqarah: 271)

2. Sedekah juga boleh dilakukan secara bukan material spt memberi nasihat, teguran, bimbingan kepada orang lain. Mafhum firman Allah, " Perkataan yg baik dan memaafkan kesalahan lebih baik dari sedekah yang diiringi dgn menyakiti, dan Allah Maha Kaya lagi Penyantun"
(AlBaqarah: 263).

3.Ganjaran orang menafkahkan harta adalah tinggi ganjarannya. Jika kita beri RM1, Allah akan balas dgn RM 700. Kadang kala Allah balas dlm bentuk yg nyata & material. Ada juga dibalas dalam bentuk tak langsung seperti badan yg sihat, jiwa yg tenang, hubungn yg baik dgn orng lain, disayangi orang, anak-anak yg beradab, jiran yg baik, harta yg selamat. Mafhum firman Allah, " Misalan org yang menafkahkan hartanya pada jalan Allah, seperti biji yg tumbuh menjadi tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai ada seratus biji, dan Allah melipatgandakan pada siapa yg dikehendakiNya, dan Allah luas kurniaNya lagi Maha Mengetahui. (Al -Baqarah: 261.

4.Ayuh saudaraku sekalian, mari berebut-berebut menafkahkan harta ke jalan Allah. Tak byk, jika dapat RM1000, ketepikan RM25 utk sedekah ke jalan Allah. Sebaik-baik sedekah ialah pada kerabat yg dekat, saudara mara, jiran tetangga, anak yatim, org yg menuntut ilmu, pendakwah. Terlalu byk saluran utk sedekah.

Apa susah, sekarang ni, "click " akaun bank di hujung jari pun dah boleh sedekah. Sape pu tak tahu!!.

Selamat beramal.