Pengajaran Hadis:
i) Kita hendaklah sentiasa mempamerkan keperibadian seorang muslim dalam setiap pergaulan kerana ia merupakan aset penting bagi kejayaan diri serta organisasi yang dipimpin.
ii) Tutur kata yang baik, beradab dan dipenuhi unsur-unsur keikhlasan akan memberikan motivasi yang paling berkesan kepada setiap individu dalam masyarakat sekeliling sehingga membentuk kualiti ummah yang terbaik dan menjadi contoh kepada yang lain.
iii) Jika kita mahu dihormati maka kita hendaklah terlebih dahulu menghormati orang lain sama ada dengan mengucapkan salam, bersikap peramah dan mengutamakan keperluannya. Ini dengan sendirinya akan menerbitkan perasaan hormat orang itu terhadap kita dan seterusnya menimbulkan rasa kasih dan sayang antara satu sama lain.
1 comment:
Dalam banyak kajian tunjukkan hubungan positif dengan orang lain boleh meningkatkan kesejahteraan diri seterusnya menyumbang kepada kesihatan fizikal dan mental yang baik.
2.Cuba kita bayangkan hidup tanpa komunikasi yang positif dgn orang lain, tanpa gurauan, tanpa perkongsian perasaan, tanpa luahan pemikiran.Sudah tentu hidup sebegini hambar, dipenuhi tekanan, tidak ceria dll.
3.Hubungan dengan manusia yg baik juga menambahkan keberkatan umur, memperoleh rahmat & bertambah kasih sayang.
4.Persahabatan yg baik pula perlulah semata-mata kerana Allah. Alangkah indahya hidup dikelilingi sahabat sebegini.
"Ya Allah, hambamu bersyukur kerana dpat merasai kemanisan bersama sahabat-sahabat Al Abrar"
Wallahuaklam
Post a Comment