Thursday, May 12, 2011

Munafik

Khamis, 8 Jamadilakhir 1432H: Allah SWT telah berfirman, "(1)Apabila orang-orang munafik datang kepadamu, mereka berkata: "Kami mengakui, bahwa sesungguhnya kamu benar-benar Rasul Allah". Dan Allah mengetahui bahwa sesungguhnya kamu benar-benar Rasul-Nya; dan Allah mengetahui bahwa sesungguhnya orang-orang munafik itu benar-benar orang pendusta. (2)Mereka itu menjadikan sumpah mereka sebagai perisai, lalu mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah. Sesungguhnya amat buruklah apa yang telah mereka kerjakan. (3)Yang demikian itu adalah karena bahwa sesungguhnya mereka telah beriman, kemudian menjadi kafir (lagi) lalu hati mereka dikunci mati; karena itu mereka tidak dapat mengerti. (Surah Al-Munafiqun 63:1-3)

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya: “Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya . (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran. (Menegakkan benang basah ) “. (H.Riwayat Ahmad )

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Sesiapa yang mati tanpa pernah berperang bahkan jiwanya tidak pernah tergerak hendak turut berperang, maka matinya sama dengan mati munafik.”(HR Muslim)

Pengajaran Hadith:

1) Amanah bermaksud tanggungjawab yang diterima oleh seseorang yang kepadanya diberikan kepercayaan bahawa ia dapat melaksanakannya sebagaimana yang dituntut tanpa mengabaikannya.

2) Amanah meliputi berbagai-bagai aspek seperti amanah tehadap Allah dan Rasul-Nya, amanah terhadap diri sendiri dan amanah terhadap masyarakat dan perkhidmatan.

3) Monopoli kuasa dan tanggungjawab yang luas di tangan seseorang akan menyebabkan kuasa itu tidak berkesan dan tanggungjawab tidak dapat dijalankan. Oleh itu sesuatu tugas itu hendaklah diamanahkan kepada mereka yang layak dan mampu melaksanakannya di mana ia memiliki ciri-ciri amanah, kepakaran dan ketakwaan.

4) Tidak amanah adalah satu tanda munafik. Akibatnya seseorang itu tidak lagi dipercayai oleh masyarakat disebabkan sifat khianat yang telah dilakukannya terhadap sesuatu tanggungjawab yang diberikan kepadanya.


1 comment:

zainal said...

Topik yang dibawa oleh penulis blog sangat relevan dgn senario masa kini. Sifat munafik ini makin menular dan amat sukar utk beza antara mukmin & munafik.

2.Sifat berpura-puraan adalah umpama racun dlm susu. Luarannya putih bersih tapi dlmnya ada racun berbisa yg boleh membunuh orang lain.

3.Berpura-puraan boleh menyebabkan perpecahan, pergaduhan, selisih faham. Orang ini tiada prinsip dan mahu dan bermuka-muka.

4.Anak-anak perlu dilatih sifat jujur, amanah, ikhlas, berprinsip, pegang janji, benar dlm perbuatan supaya dpt elakkan sifat munafik tertanam sehingga dewasa.

Wallahuaklam