Monday, May 30, 2011

Waktu Solat

Isnin, 26 Jamadilakhir 1432H: "Daripada Abdullah bin Amru r.a. bahawasanya Nabi s.a.w bersabda, "waktu Zuhur bermula dari tergelincir matahari di mana bayang seseorang itu sama panjang dengan tingginya selagi tidak masuk waktu Asar, waktu Asar pula berakhir sehingga cahaya matahari menjadi kuning (matahari hampir terbenam), waktu sembahyang Maghrib pula akan berakhir sehingga hilang awan merah dilangit sebelah barat. Waktu Isyak pula berakhir sehingga pertengahan dari setengah malam. Waktu sembahyang subuh pula ialah dari terbit fajar sehingga terbit matahari".(HR Muslim)

Huraian;

1. Waktu Zuhur bermula dari tergelincir matahari sehingga bayang seseorang itu sama panjang dengan tingginya.

2. Waktu Asar bermula dari bayang seseorang itu lebih panjang dari tingginya yang sebenar sehingga matahari hampir terbenam.

3. Waktu Maghrib bermula ketika tenggelam matahari sehingga hilang tanda-tanda merah (syafaq) di sebelah barat.

4. Waktu Isyak bermula dari hilang tanda-tanda merah (syafaq) dilangit sehingga pertengahan dari setengah malam.

5. Waktu Subuh ialah bermula dari naik fajar hingga terbit matahari.

1 comment:

zainal said...

Islam mementingkan ketelitian masa & waktu.

2.Waktu solat yang diatur sebegitu rupa menunjukkan sistematik dan penjadualan yg selari dgn tabii manusia.

3.Solat Magrib contohnya, diatur supaya manusia berhenti seketika setelah seharian bekerja. Bukankah ini pengawalan stress yg terbaik setelah penat lelah bekerja.

4.Solat Suboh dijadual sebegitu untuk manusia bangun awal & terus mencari rezeki.

Semuanya diatur dengan bertujuan & hikmah yang tersendiri.