Isnin, 18 Syaaban 1446H | Witir Penutup Solat Malam
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ قَالَ سَأَلَ رَجُلٌ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ عَلَى الْمِنْبَرِ مَا تَرَى فِي صَلَاةِ اللَّيْلِ قَالَ مَثْنَى مَثْنَى فَإِذَا خَشِيَ الصُّبْحَ صَلَّى وَاحِدَةً فَأَوْتَرَتْ لَهُ مَا صَلَّى وَإِنَّهُ كَانَ يَقُولُ اجْعَلُوا آخِرَ صَلَاتِكُمْ وِتْرًا فَإِنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَمَرَ بِهِ
Daripada 'Abdullah bin 'Umar berkata: "Seorang laki-laki bertanya kepada Nabi SAW yang pada ketika itu sedang berada di atas mimbar. "Bagaimana cara solat malam?" Baginda menjawab: "Dua rakaat dua rakaat. Apabila dikhuatirkan masuk subuh, maka solatlah satu rakaat sebagai witir (penutup) bagi solatnya." Ibnu Umar berkata: "Jadikanlah witir sebagai solat terakhir kalian, kerana Nabi SAW memerintahkan hal yang demikian." (HR Bukhari No: 452) Status Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Rasulullah SAW mengajar cara solat sunat malam hari (qiamullail) dilaksanakan dua rakaat dan salam diikuti dua rakaat lagi dan salam dan seterusnya sehingga ditutup dengan solat sunat witir.
2. Jika waktu dah hampir solat subuh, disarankan agar solat malam ditutup dengan menunaikan solat sunat witir satu rakaat.
3. Solat witir dijadikan solat penutup kepada solat sunat di malam hari paling kurang satu rakaat.
4. Rasulullah SAW menyarankan agar akhir solat kita adalah witir. Baginda SAW sering menekankan tentang pentingnya solat witir sebagai penyempurna solat malam, dan bagi mereka yang mengerjakan solat malam, witir adalah satu amalan yang tidak boleh ditinggalkan. Solat witir merupakan solat yang memiliki keutamaan yang sangat tinggi dalam Islam.
Ayuh kita tunaikan solat sunat di malam hari sekurang-kurangnya satu rakaat witir.
No comments:
Post a Comment