Jumaat, 8 Syaaban 1446H | Reda Allah Dengan Reda Ibu Bapa
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ رِضَى الرَّبِّ فِي رِضَى الْوَالِدِ وَسَخَطُ الرَّبِّ فِي سَخَطِ الْوَالِدِ
Daripada Abdullah bin Amr RA dari Nabi SAW, baginda bersabda: "Reda Allah terdapat pada reda seorang bapa, dan murka Allah juga terdapat pada murkanya seorang bapa." (HR Tirmizi No:1821) Status: Hadis Hasan
Pengajaran:
1. Berbakti kepada ibu bapa adalah salah satu kewajiban utama dalam Islam selepas beriman kepada Allah. Ia menunjukkan hubungan langsung antara amal anak kepada ibu bapa dan kedudukannya di sisi Allah.
2. Apabila seseorang anak berbuat baik kepada ibu bapanya, menghormati, dan menjaga kebajikan mereka, maka Allah akan meredhainya. Sebaliknya, jika sianak membuat perkara yang menyebabkan ibu bapa marah atau merasa tersinggung seperti mengasarinya, mengabaikan kebajikannya, ini akan membawa kemurkaan Allah ke atasnya.
3. Imam Al Ghazali berkata: Antara adab anak kepada orang tuanya adalah; mendengarkan perkataannya, mentaati perintahnya (selagi tidak bertentangan syarak), tidak berjalan di hadapannya, tidak meninggikan suara, serta berusaha untuk mendapatkan keredaannya.
4. Keredaan Allah kepada seseorang bergantung kepada keredaan kedua orang tua
رِضَا الرَّبِّ فِى رِضَا الْوَالِدَيْنِ وَسُخْطُهُ فِى سُخْطِهِمَا
Reda Allah terletak pada reda kedua orang tua dan murka Allah terletak pada murka kedua orang tua (HR Tabrani dari Ibnu Umar).
Berusahalah menjadi anak yang soleh terhadap kedua ibu bapanya dengan berbakti kepada mereka serta mendoakan keduanya.
No comments:
Post a Comment