Khamis, 21 Syaaban 1446H | Pelihara Solat Sunat Sebelum Subuh
عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَمْ يَكُنْ عَلَى شَيْءٍ مِنْ النَّوَافِلِ أَشَدَّ مُعَاهَدَةً مِنْهُ عَلَى رَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الصُّبْحِ
Daripada 'Aisyah, bahawa tidak ada solat sunat yang lebih di jaga Nabi SAW daripada dua rakaat sebelum fardhu subuh." (HR Muslim No: 1191) Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Rasulullah SAW menunjukkan contoh dalam amalan harian antaranya solat sunat.
2. Antara solat sunat yang dijaga agar sentiasa dilaksanakan Rasulullah SAW ialah solat sunat dua rakaat sebelum subuh.
3. Nabi SAW tidak pernah meninggalkan dua rakaat solat sunat sebelum solat fardhu Subuh, walau dalam keadaan apapun. Ia menunjukkan betapa konsistennya baginda dalam melakukan amalan ibadah, walaupun amalan tersebut adalah sunat. Ia mengajarkan kita untuk menjaga konsistensi dalam beribadah, terutamanya dalam amalan-amalan sunnah yang boleh mendekatkan kita kepada Allah.
Marilah kita memelihara solat fardhu juga solat sunat mengiringi waktu. Antara solat sunat mengiringi waktu yang perlu kita bersungguh melaksanakannya ialah solat sunat sebelum subuh kerana ia memiliki banyak keberkatan dan keutamaan. Dengan menjaga amalan ini, kita dapat mendekatkan diri kepada Allah dan memperoleh ganjaran yang besar.
No comments:
Post a Comment