Wednesday, July 9, 2025

Bacaan Dua Ayat Terakhir Surah Al-Baqarah

Rabu,  13 Muharram 1447H  |  Bacaan Dua Ayat Terakhir Surah Al-Baqarah

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ قَرَأَ بِالْآيَتَيْنِ مِنْ آخِرِ سُورَةِ الْبَقَرَةِ فِي لَيْلَةٍ كَفَتَاهُ

Daripada Abu Mas'ud al-Ansari RA menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa yang membaca dua ayat terakhir dari Surah al-Baqarah pada malam hari, maka ayat-ayat tersebut akan mencukupinya. (HR Bukhari No: 5009) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Dua ayat terakhir dari Surah al-Baqarah iaitu ayat 285 dan 286 memiliki keutamaan yang besar dan dapat memberikan perlindungan serta keberkatan bagi pembacanya.

2.  Membaca dua ayat terakhir ini sebelum tidur adalah amalan sunnah yang sangat digalakkan.

آمَنَ الرَّسُولُ بِمَا أُنزِلَ إِلَيْهِ مِن رَّبِّهِ وَالْمُؤْمِنُونَ ۚ كُلٌّ آمَنَ بِاللَّـهِ وَمَلَائِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ لَا نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِّن رُّسُلِهِ ۚ وَقَالُوا سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا ۖ غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ ﴿٢٨٥﴾ لَا يُكَلِّفُ اللَّـهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا ۚ لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ ۗ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا إِن نَّسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِ ۖ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا ۚ أَنتَ مَوْلَانَا فَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ ﴿ ٢٨٦﴾

3.  Dua ayat ini “mencukupi” bermaksud jika dibaca akan melindungi pembacanya daripada gangguan syaitan dan segala bentuk keburukan dan musibah sepanjang malam. Dua ayat ini mencakup pengakuan iman, keinsafan diri, dan permintaan rahmat serta kemenangan.

4.  Menurut Imam al-Nawawi dalam Syarh Muslim bermaksud mencukupi sebagai ibadah pada malam itu  yakni memadai dengan membacanya jika seseorang tidak dapat bangun tahajjud atau membaca banyak doa lain. Hal ini tidak bermaksud menggugurkan keutamaan qiyamullail, tetapi menunjukkan kelebihan dan ganjaran dua ayat itu sangat besar.


No comments: