Khamis, 15 Jamadilakhir 1432H; Sabda Nabi s.a.w : Daripada Abu Hurairah r.a. : “ Bahawa Rasul s.a.w bersabda: Tunaikanlah/Kembalikanlah barang amanah itu kepada orang yang telah memberikan amanah kepadamu dan janganlah engkau mengkhianati janji walaupun kepada orang yang pernah memungkiri janji kepadamu “ ( Riwayat Abu Daud dan Tarmizi)
Pengajaran Hadis:
Pengajaran Hadis:
1. Meminjamkan sesuatu barang hukumnya sunat , kadang-kadang menjadi wajib seperti meminjamkan kenderaan untuk menyelamatkan orang yang sakit tenat.
2. Orang yang meminjam barang wajib memulangkan kembali barang yang dipinjamnya.
3. Orang yang meminjamkan barang-barangnya boleh meminta kembali barang yang dipinjamkan tersebut.
1 comment:
Subhanallah. Maha suci Allah dan selawat pada Rasululallah yang menjelaskan secara terperinci cara hidup yang sejahtera.
2.Zaman sekarang, bukan sahaja pinjam barang, hutang menimbun pun buat tak reti nak bayar!
3.Sanggupkah kita muflis di akhirat akibat sikap negatif ini. Sesungguhnya perangai bergantung kepada diri sendiri.
Walallahuaklam.
Post a Comment