Thursday, July 21, 2011

Ar-Rayyan Pintu Syurga Orang Yang Berpuasa

Khamis, 19 Syaaban 1432H: Daripada Sahl bin Sa’ad berkata: Bersabda Nabi s.a.w. “Sesungguhnya di syurga ada pintu yang bernama ar-Rayyan tempat masuk orang-orang yang berpuasa di hari qiamat. Tidak dapat masuk daripada pintu itu kecuali orang yang berpuasa, dipanggil oleh penjaganya:”Dimanakah orang – orang yang telah berpuasa?” Dan tidak dapat masuk ke situ kecuali mereka yang berpuasa sahaja, dan jika semuanya telah selesai masuk, maka pintu itu ditutup, dan tidak masuk melaluinya melainkan mereka yang berpuasa sahaja.” (HR Bukhari & Muslim)

Keterangan Hadis;

1. Sesungguhnya ujian daripada puasa itu amat besar. Oleh itu kedudukannya di sisi Allah S.W.T sangat mulia di mana Allah menyediakan pintu khas ke syurga kepada hambanya yang berpuasa yang dinamakan ar-Rayyan.

2. Malaikat yang menjaga pintu tersebut akan menyeru dan memanggil orang-orang yang berpuasa untuk dimasukkan ke syurga melalui pintu ar-Rayyan yang dijaganya dan tidak ada yang dapat melaluinya melainkan mereka yang layak sahaja.

3. Kita hendaklah menjaga ibadat puasa semata-mata kerana Allah dan mematuhi segala adab-adab ketika berpuasa kerana Allah akan memberikan ganjaran pahala yang besar.

1 comment:

zainal said...

Orang yang berpuasa bukan sahaja dinilai tinggi oleh Allah tetapi juga pada pandangan manusia dan makhluk yg lain.

2.Bukankah semasa Ramadhan, org bermurah hati, lebih pemaaf, mudah utk lakukan kebaikan.

3.Ramadhan adalah bulan utk mendekatkan diri pada Allah dan sesama manusia.

Wallahuaklam.